Tandusnya Wajah Islam Dicarik Rakus

Tandusnya Wajah Islam Dicarik Rakus
Oleh : Zulhafeez Ahmad Zahidi


Jiwa anak bangsa diperbodohkan hanya kerana malu dianggap ketinggalan zaman. Kewarasan minda semakin runtuh dihimpit jeritan yang meronta kebebasan untuk berhibur.

Wajah Islam yang diberikan bermula seawal kali pertama mata terbuka melihat dunia dengan laungan azan dan iqamah terbugar layu menyembah bumi. Hilang keindahan dan nilai Islam diselumiti kabus hitam kejahilan.

Aksara kehidupan bersyariat dianggap kolot lantas budaya barat diagungkan sehingga lembaran suci terpercik najis dan debu hina. Hati anak muda bernanah busuk dek keseronokkan memuja kehidupan gelap sehingga lalai untuk membersihkan nurani kurniaan ilahi.

Hidup berkiblatkan nafsu, bersendikan hiburan, bertuhankan harta tidak akan menjanjikan kebahagian syurga sebaliknya menempah nama di neraka.

Mengangkatkan slogan kebebasan dalam kehidupan mengheret akal menjadi bodoh menilai antara kaca dan permata. Leher dibelenggu ikatan menongkah arus syariat tatkala sanggup menghina hukum demi kepentingan mereka.

Andai kehidupan begini terus dijadikan sandaran tiada apa yang bakal menanti generasi akan datang melainkan kerosakan dan kesesatan. Implikasinya jahil terus bertakta, azab menunggu masa untuk menyapa.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty two − eighteen =