Ke Mana Masa Kita?

Ke Mana Masa Kita?
Oleh : Khairul Anuar Ismail


 

Jika kita menonton filem atau rancangan hiburan selama dua jam sehari (itu sudah kira sikit) maka jika kita hidup 60 tahun dan andainya kita mula kenal TV pada umur 10 tahun, maka jumlah jam yg kita habiskan daripada umur kita ialah 36,500 jam !

Cuba kira : 2 jam sehari x 365 hari x 50 tahun = 36,500 jam.

Dalam satu jam sebenarnya kita dapat :

1. Baca 2 juz Al Quran
2. Tahlil 10,000 Kali.
3. Menulis satu artikel
4. Dengar satu tajuk Kuliyah ilmu
5. Solat sunat 20 rakaat
6. Baca satu kitab kecil
7. Hafal sehelai Al Quran
8. Iktikaf di masjid
9. Selawat 1000 kali
10. Jalan kaki 10,000 langkah utk kesihatan jantung.

Cuba darab dengan 36,500 x 2 berapa byk production yang kita mampu hasilkan!

Itu belum lagi masa yang kita guna untuk lepak di kedai kopi, tidur, berbual, main game dan lain- lain.

#hargaimasakita
#والعصر

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

2 + three =