Politik Jazirah Arab Sebelum Kemunculan Saudi Moden

Politik Jazirah Arab sebelum kemunculan saudi moden, bukanlah pertembungan hitam putih wahabi khalafi ataupun mazhab seperti yang gembar gemburkan. Sebenarnya ia penuh simpang siur politik yang tidak kira warna mazhab dan kabilah bangsa.

Turki yang sedang diratah Rusia, Perancis, Itali dan British. British pula devngan penguasaan di Mesir, India dan persia bermain dengan plan politik yang sangat mengelirukan. Di saat, wakil mesir seperti berdiplomasi dengan Turki, wakil British di India dan Persia pula menjalin hubungan dengan pemberontak di pedalaman Arab.

Syarif Mekah dan Madinah pula ada cita-cita politik sendiri selepas merasakan turki yang semakin melemah. Sekutu Turki dari Riyadh, keluarga Ibn Rasyid pula punyai cita cita sendiri. Namun harus difahami, keturunan ulamak di Riyadh ketika itu walau berada di bawah sekutu Turki, mereka sudah pun bermazhab hanbali yang dikatakan dengan aliran wahabi. Malah qadhi di Riyadh sewaktu Ibn Rasyid menguasai Riyadh adalah Syeikh Abdullah Ibn Abdul Latif, adalah keturunan Muhammad bin Abdul Wahab.

Ketika Abdul Aziz Ibn Saud menguasai dan menawan Riyadh, Abdul Aziz mengambil anak Syeikh Abdullah bernama Tarfah sebagai isterinya. Dari isteri ini lahir Raja Faisal Abdul Aziz.
22 Julai 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

thirty five − = twenty seven