Polemik Khilaf Adalah Senjata Sekular Menikam Islamis Siri III

POLEMIK KHILAF ADALAH SENJATA SEKULAR MENIKAM ISLAMIS SIRI III: MENEGAKKAN ISLAM ADALAH SATU KEWAJIBAN KEPADA SUFI, SALAFI DAN GERAKAN ISLAM

Oleh : Dr Muhammad Atiullah Othman

Sabda Nabi Muhammad SAW :

كل الناس يغدو فبائع على نفسه فموبقها أو معتقها

(Sahih Muslim)

Maksudnya: Setiap manusia berpagi-pagi (berusaha). Lalu dia adalah penjual terhadap dirinya. Akibatnya, dia membinasakan dirinya atau melepaskan dirinya.

Hadis ini secara jelas setiap usaha manusia mempunyai tanggungjawab dan balasan sama ada menerima ganjaran atau mendapat pembalasan. Tanggungjawab ini terpundak kepada seluruh manusia kerana selagimana manusia hidup, selagi itulah dia perlu melaksanakan kewajibannya sehingga tanggungjawabnya terlaksana.

Bagi golongan Sufi, mereka sangat berasa berkewajiban beribadat pagi dan malam. Tanggungjawab kesufian dilaksanakan. Namun, sebahagian Sufi yang jahil seringkali terlupa tanggungjawabnya yang lain. Tanggungjawabnya bukan sahaja beribadat tetapi terhadap dirinya sendiri, keluarganya, masyarakatnya dan negara.

Begitu juga golongan Salafi. Sehari-harian berfikir menegakkan Sunnah dan menentang bid’ah. Tumpuannya kepada isu-isu ibadat. Isu kenegaraan dan isu undang-undang Islam terlepas pandang pula. Isu khilaf sehingga sanggup bermusuh dengan orang ramai. Isu tuntutan sivil pula dipandang sepi.

Bila golongan Sekular memerintah negara dengan ajaran bukan Islam. Pemerintah ini mengambil panduan dari Barat dan kesesatan Sekularisme dan Liberalisme. Manakala Sufi dan Salafi pula tidak masuk campur urusan pemerintahan. Sufi dan Salafi sibuk berperang sesama sendiri mengenai isu tauhid tiga, sifat dua puluh, tahlil, berzanji dan pelbagai isu khilaf. Bila Sekular menentang RUU 355, tak nampak kelibat jaguh-jaguh Sufi dan jaguh-jaguh Salafi yang patut berbicara mempertahankan RUU 355.

Bila Salena Gomez nak buat konsert kat Malaysia, golongan Salafi tak pula sebut nas-nas hadis. Golongan Sufi tak sebut pula konsert itu akan menggelapkan hari Mukminin dan melambatkan martabat Wali. Golongan yang sibuk menentang konsert Salena Gomez hanyalah aktivis dan pembangkang parti politik sahaja. Suara Sufi dan Salafi tenggelam, diam tanpa bicara.

Padahal semua Muslim tak kira apa latarbelakangnya, bergerak dan berusaha menegakkan Islam dan menentang kemungkaran. Usaha ini bukanlah perkara sunnat tetapi kewajiban semua. Bahkan, Sufi, Salafi dan semua gerakan Islam sepatutnya bersatu padu membela agama Islam dan menentang kemungkaran. Mereka patut beringat amaran Allah SWT:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
(QS Surah al-Anfal 8: 25).

Maksudnya:
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Alim ulama semuanya tak kira dari kalangan Sufi, Salafi dan gerakan Islam adalah berkewajiban menyuruh kemakrufan dan menentang kemungkaran. Usahlah menjadikan polemik khilaf sebagai sebab perbalahan padahal perkara haram yang disepakati ulama berlaku di depan mata, hanyalah didiamkan sahaja.

21 Julai 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seventy two − sixty six =