Khutbah Jumaat :Keteguhan Jiwa Dan Jati Diri Umat

Khutbah Jumaat

Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Keteguhan Jiwa Dan Jati Diri Umat
15 Julai 2016

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولِهِ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرِهُ, عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللهِ شَهِيدا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَن مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ,، الْمَبْعُوثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ ، أَشْرَفُ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ. وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ :

فَيَا عِبَادُ اللهِ، اتَقُوا اللهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التِّقْوَى، فَقَدْ فَازَ المُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan (untuk dunia sehingga akhirat) ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa kepada Allah.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ * بَلِ اللَّهُ مَوْلَاكُمْ ۖ وَهُوَ خَيْرُ النَّاصِرِينَ * [سورة آل عمران:149-150]

(Firman Allah yang bermaksud) : (149 Ali Imran). Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taatkan orang-orang Yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang Yang rugi. 150. (janganlah kamu taatkan mereka!) bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah ,

Ayat ini adalah peringatan daripada Allah SWT kepada generasi awal bersama dengan Nabi SAW supaya mereka berwaspada dan beringat-ingat dalam hubungan mereka dengan orang-orang yang bukan Islam, walaupun mereka diwajibkan berhubung dengan orang-orang yang bukan Islam. Memilih perdamaian didahulukan daripada peperangan dengan tujuan untuk mengajak mereka bersama dengan Islam untuk berdamai dengan Islam.

Orang-orang Islam mestilah mestilah mempunyai keteguhan jiwa dan jati diri yang kuat serta sahsiah (peribadi) orang-orang Islam yang bersungguh-sungguh menguasai keadaan. Jangan sekali-kali mereka mengharapkan orang-orang bukan Islam itu pertolongan untuk memberi kemenangan di dunia, apalagi kemenangan di hari akhirat.

Allah SWT mendedahkan bagaimana peristiwa Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal, gabungan diantara orang-orang musyrikin golongan ahli kitab dan orang-orang munafik yang berpura-pura Islam bergabung untuk membebaskan umat Islam dan menjatuhkan kerajaan mereka. Ini menunjukkan bahawa dalam keadaan orang Islam itu berdakwah dan berdamai menyelamatkan manusia dan mengajak mereka kepada Islam, mereka mestilah berhati-hati, jangan terpengaruh sekali-kali dengan pemikiran orang-orang yang bukan Islam.

Kalau dizaman dahulu kita menyaksikan bala tentera yang mengumpulkan kekuatan senjata mengepung umat Islam, maka di akhir zaman ini pula kita melihat keadaan yang berbeza di zaman umat Islam yang sangat lemah walaupun dikatakan umat Islam sudah mencapai kemerdekaan, tetapi umat Islam menerima bahaya serangan pemikiran. Pemikiran mereka dikepung sehingga tidak percaya kepada ajaran agama mereka sendiri. Mereka menjadi orang-orang Islam sekadar mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, ,engerjakan haji, menunaikan zakat fitrah dan bernikah kahwin. Sedangkan dalam kehidupan merekamenerima nasihat-nasihat orang bukan Islam.

Masih banyak negeri-negeri umat Islam walaupun diperintah oleh pemimpin yang bernama Islam, kulitnya Islam, bahasanya Islam, tetapi menerima nasihat-nasihat yang bukan Islam, samada penasihat politik, ekonomi, undang-undang dan ketenteraan daripada kalangan orang-orang yang bukan Islam kerana tidak yakin kepada jati diri dan kekuatan umat Islam sendiri. Padahal Allah SWT telah meletakkan umat Islam di bumi yang paling penting di dalam dunia mengikut peta dunia, bumi yang paling banyak hasilnya dan bumi yang menghubungkan perjalanan manusia keperingkat dunia diantarabangsa. Tetapi umat Islam menjadi bangsa yang hina dan sangat mengecewakan kerana mereka tidak bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah SWT dan mereka tidak bersyukur atas petunjuk Islam yang dikurniakan oleh Allah SWT serta tidak bersyukur atas hasil bumi dan kekayaan yang diberi oleh Allah SWT sehingga maruah mereka hilang, kekayaan laksana mencurah garam dilaut yang tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka.

Banyak kalangan Negara umat Islam hari ini berperang dan bermusuh sesama sendiri, meninggalkan musuh-musuh mereka yang sebenar. Kawan-kawan dijadikan musuh, sementara lawan dijadikan kawan. Penipu dijadikan penasihat, sementara mereka yang sepatutnya menjadi penasihat anggap penjenayah, dalam keadaan yang sangat bercelaru. Puncanya kerana meninggalkan hidayah dan petunjuk Allah SWT yang terkandung di dalam Al-Quran Karim dan kebijaksanaan Nabi SAW.

إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا [سورة الإسراء:9]

(Maksudnya) 🙁 9 Isra’). Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.

Sekiranya ingin kembali kepada yang paling betul adala Al-Quran. Jadikan petunjuk dan kebijaksanaan yang dihayati oleh Nabi SAW sebagai penyuluh jalan kehidupan di dunia sebelum kita sampai ke negeri akhirat. Sekiranya suruhan Islam tidak ditaati, maka akan sesat di dunia dan merempat di hari akhirat.

Marilah seluruh umat Islam melakukan muhasabah atau menghitung diri sebelum dihitung oleh Allah SWT untuk mendapat untung di dunia dan menjadi jambatan di akhirat. Jangan rugi di dunia dan rugi di akhirat kerana meninggalkan ajaran Islam.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ.
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ [سورة آل عمران:110]

(Maksudnya) : (110 Ali Imran). kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah.

بَارَكَ اللَّهُ ولَكُمْ فِي الْكِتَابِ والسُّنَةِ. وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِالْآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ. أَقُولُ قَولِى هَذَا وَاَسْتَغفِرُ الله العَظِيمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ، هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

27 − = twenty five