Pembukaan Kota Mekah: Tawaduk, Pemaaf& Kebijaksanaan Seorang Rasul (Siri1)

Peristiwa pembukaan Kota Mekah yang terkenal dalam lipatan sejarah antara lain mengajar umat Islam tentang sifat tawaduk, pemaaf, dan kebijaksanaan Rasulullah SAW.

Peristiwa pembukaan kota yang akhirnya menjadi kota suci umat Islam ini berlaku pada bulan Ramadan tahun kelapan Hijrah, akibat pengkhianatan Perjanjian Hudaibiyah oleh musyrikin Quraisy di Mekah.

Mereka telah membantu Bani Bakar memerangi Kabilah Khuzaah yang mengikat janji setia dengan pihak muslimin.

Setelah mendengar berita ini, Baginda SAW mengarahkan 10 ribu umat Islam agar bersiap siaga menuju ke Mekah.

Kebijaksanaan seorang pemimpin agung dapat dilihat sejak awal-awal perancangan lagi, apabila pergerakan kaum muslimin dirahsiakan sama sekali daripada pengetahuan pihak musyrikin Quraisy.

Di samping itu, Baginda SAW tidak lupa untuk melantik Kulsum Bin Husain menggantikan posisi Baginda SAW di Madinah.

Apabila tiba di Marru Zohran, Baginda SAw telah memerintahkan kaum muslimin membina khemah dan menyalakan obor api sebanyak mungkin.

Tujuannya adalah untuk menggerunkan musyrikin Quraisy dengan bilangan umat Islam yang ramai.

Kemudian, strategi terus diatur dengan sistematik setibanya di Zu Tuwa.

21 Julai 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fifty nine + = sixty six