Masyarakat Islam Kemuka Memorandum Bantahan Konsert Selena Gomez

SHAH ALAM: Tokoh-tokoh Islam disertai komuniti muslim di Malaysia telah membuat penyerahan memorandum bantahan penganjuran konsert artis Selena Gomez ‘The Revival Tour’ pada 20 Julai, semalam.

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Shahrizal Salleh, salah seorang pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor.

Antara pimpinan masyarakat serta pendakwah yang hadir dalam penyerahan memorandum itu adalah Ustaz Hanafi Zulkapli, Ustaz Rizuan Rahmat dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan yang memohon tindakan sewajarnya diambil.

Konsert Selena Gomez bakal diadakan pada 25 Julai 2016 di Stadium Melawati Shah Alam.

Gomez merupakan artis kelahiran Amerika Syarikat berimej seksi serta dikhuatiri menyemai budaya negatif dan hedonisme.

Memorandum tersebut membantah dan mendesak konsert ini dibatalkan dan menyebut,

“Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) yang diwartakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2015 sepatutnya menjadi rujukan dan panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan(PBT),Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dan pihak penganjur demi kesejahteraan dan pembangunan insan di negeri Selangor khususnya.”

Menerusi memorandum itu juga, mereka menegaskan bahawa tiada larangan dalam berhibur, bahkan hiburan ini adalah sebahagian daripada fitrah manusia.

Namun, yang menjadi bantahan adalah bentuk dan jenis hiburan yang dipersembahkan melampau dan merosakkan minda serta moral masyarakat Malaysia, melalaikan jiwa dan mengundang anasir negatif seperti dadah dan pergaulan bebas dalam kalangan muda-mudi di Malaysia.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

four + six =