Permainan Menuding Jari Terhadap Soros, Osama Dan Gulen?

PERMAINAN MENUDING JARI TERHADAP SOROS, OSAMA DAN GULEN?
Oleh : Dr Muhammad Atiullah Othman


Permainan menuding jari sebenarnya permainan budak-budak yang tidak cukup akal untuk melepaskan kesalahan kepada orang lain. Kemungkinan tiada tujuan menuding jari. Namun berlainan bagi ahli politik.

Pada 1988, Tun Dr Mahathir pernah menuding jari kepada George Soros selepas menyaksikan kejatuhan mata wang ringgit Malaysia daripada RM2.50 bagi satu dollar Amerika kepada RM3.80. Tun Mahathir menuding Soros dengan alasan spekulasi pasaran wang. Ajaibnya, negara jiran seperti Thailand dan Indonesia tidak pula menuding kepada Soros.

Pada 2001, lebih tepat tanggal 11 September, telah timbul peristiwa dipanggil 911. Peristiwa itu menyaksikan keruntuhan dua banggunan pencakar langit Amerika akibat rempuhan kapal terbang. Peristiwa ini memberi banyak keraguan tetapi George Bush dan segala media Amerika menuding kepada Osama ben Ladin dan gerakan al-Qaeda sebagai pesalah utama kejadian tersebut. Sehingga kini, tiada pembuktian dan Osama dibunuh tanpa pengadilan.

Kini, pada tanggal 16 Julai 2016, cubaan rampasan kuasa dari pihak tentera Turki dituding ke arah Fathullah Gulen. Dalam tempoh rampasan dan kejayaan rampasan kuasa di Ankara, Turki ini terus menuju tanggungjawab dan kesalahan kepada Gulen. Padahal, Gulen berada di Pennsylvia, Amerika bukan di tempat kejadian. Memang sangat aneh tudingan Tayyib Erdogen terhadap Gulen kerana buku siasatan belum dibuka. Bukti tidak dikemukakan.

Tudingan jari-jemari ini sebenarnya mempunyai impak. Impak politik adalah paling ketara. Jikalau peristiwa 1998 di Malaysia menjadi ukuran, pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah impak paling utama tuduhan Tun Mahathir. Segala kekuatan parti dan kerajaan digunakan untuk menghabisi DS Anwar dan para penyokongnya.

Jikalau peristiwa 911 jadi ukuran. Impak amukan Amerika adalah Usama bin Laden, al-Qaedah, Taliban, Afghanistan dan Iraq menjadi mangsa amukan Amerika. Lalu, kempen amukan Amerika berjenama ‘War on Terror’ dijadikan slogan paling berpengaruh ketika itu dan mewajibkan seluruh dunia bersamanya. Terlalu tragik tudingan Amerika ini.

Bagaimana pula implikasi tudingan Erdogen terhadap Gulen? Apakah implikasinya? Para pengikut Gulen mendakwa mempunyai ahli seramai dua juta dan rangkaian seluruh dunia. Adakah Erdogen ingin mensasarkan amukannya kepada Gulen. Tentu sekali tidak. Implikasi paling ketara adalah peluang Erdogen mengurangkan pengaruh tentera terhadap politik Turki. Inilah masanya Erdogen menukar para jeneral tenteranya, kolonel-kolenal dan pemimpin-pemimpin tentera yang berwajah sekular.

Amukan Erdogen ini tidaklah dibimbangi. Antara tentera dan Erdogen, Erdogen paling patut diberi sokongan kerana tentera yang sekular adalah sangat keras sekularnya berbanding Erdogen. Begitu juga, antara Gulen dan Erdogen, Erdogen paling patut diberi sokongan kerana Gulen merupakan sekular tegar yang menyebabkan permusuhan antara Erdogen dan parti lamanya Refah.

Amukan Erdogen hanya dibimbangi apabila ahli parti Refah pula menjadi mangsa, Erdogen pula menjadi autokratik dan sokongan Erdogen terhadap Israel pula makin meningkat. Ini hanyalah kebimbangan bukan tudingan. Kebimbangan menyebabkan kita sentiasa berwaspada pada masa hadapan.

19 Julai 2016

*Tulisan ini sekadar pandangan peribadi penulis yang merupakan penganalisis politik antarabangsa, ia bukannya kenyataan rasmi daripada pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

72 + = eighty