Peringatan Ahzab Yang Dirakamkan Oleh Allah

PERINGATAN AHZAB YANG DIRAKAMKAN OLEH ALLAH
Oleh : Ahmad Hakimi Othman


Pernah dalam khutbah Jumaat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mengingatkan tentang peristiwa Ahzab yang dirakamkan oleh Allah dalam Al Quran.

Orang yang mengaku beriman akan sentiasa diuji oleh Allah. Ujian yang datang membuktikan siapa mereka yang sebenar, adakah benar akan iman mereka atau olok-olok dibibir semata-mata.

Saat berlaku perang Ahzab, Yahudi sanggup pergi ke Mekah untuk mendesak Quraisy supaya mereka tegaskan pendirian dan menyokong agama mereka adalah benar. Yahudi menyokong Quraisy untuk menyerang Madinah. Tentera Ahzab yang mengepung Madinah melebihi seluruh orang beriman Madinah.

Maka, bandingkan apa yang berlaku hari ini, pemeluk ajaran yahudi moden seperti kapitalis, liberalis dan sosialis, mereka mengatakan kepada sebahagian orang Islam yang rosak bahawa mereka betul, agama mereka betul, lantas mengiyakan Maqasid Syariah mereka.

Hasil pujukan yahudi moden, mereka terpengaruh lantas mahu menentang saudara mereka yang selama ini membawa perjuangan islam.

Di kala itu, ada pula yang orang Islam yang punyai penyakit hati yang rosak dan ada munafik merasa bimbang. Mereka terbeliak biji mata, hampir terkeluar halkum ketakutan dan kebimbangan kepungan Ahzab akan membuat mereka sengsara. Lantas mereka condong untuk bersama yahudi dan meninggalkan perjuangan bersama orang beriman.

Tinggallah beberapa kerat orang beriman yang diuji keimanan mereka dengan sebesar-besar ujian.

Namun, Allah tidak akan membiarkan cahaya islam terpadam. Walaupun ada orang mukmin yang terkorban dan syahid, mereka membuktikan iman mereka.

Pengorbanan mereka dibayar oleh Allah dengan syurga dan bahagia. Sehingga nyata kemenangan oleh Allah walaupun dikepung seawal syawal sehingga awal Zulkaedah.

Begitulah kita hari ini, Ahzab moden yang mengepung perjuangan Islam mengepung kita dengan pelbagai prasangka dan propaganda. Malah mereka mendapat sokongan pelbagai sehingga mendapat sokongan dari mereka yang bergelar jemaah Islam sendiri.

Berlaku pula di awal syawal dan akan terus menyerang di seluruh negara.

Mereka bimbang sokongan bukan Islam kepada mereka akan menyebabkan lemah. Mereka bimbang sokongan bukan Islam kepada mereka lari dan merugikan.

Lantas dibuat pakatan baru menjayakan agenda perjuangan Islam Tanpa Syariat. Mereka bersetuju cara Maqasid Syariah yang sama dikehendaki oleh bukan islam.

“Kamu boleh berjuang Islam, tapi bukan seluruh Syariat Islam terutama agenda politik Islam iaitu hukum Islam dan Negara Islam.”

Mereka melolong kebajikan rakyat, tetapi berpolitik di Ramadhan, dan Syawal menunjukkan sebaliknya. Bukan sekali, malah sudah masuk dua kali Syawal dan Ramadhan.

Namun, Allah berjanji untuk menolong orang beriman. Dan pastinya keyakinan aku Allah pasti menolong dengan tentera yang tidak nampak. Yang mana hanya dirasai dan didambai oleh orang beriman sahaja.

Kekuatan hanya dari Allah, bantuan hanya dari Allah. Bergembiralah, kemenangan hampir tiba.

*Tulisan ini telah diterbitkan pada 17 Julai 2015, merujuk kepada Khutbah Jumaat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 2015, berkaitan kisah Ahzab.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− seven = one

Comments

  • Mujahid July 19, 2016 at 9:12 pm

    Islam tidak perlukan protokol protokol politik hasil buatan manusia. Yang memecah belahkan Islam ialah kamu yang berjalan mengikut prosedur prosedur politik yang akhirnya memusnahkan Islam. Islam itu kuat berdiri sendiri tanpa PAS sekalipun. Mengapa hudud masih tidak dilaksanakan di kelantan? Allah tidak mahu tangan tangan yang kotor melaksanakan syariat Nya. Kamu ingin tegakkan hudud melalui prosedur kafir? Jangan mimpi… Hudud akan ditegakkan oleh kaum yang mencintai Allah dan Allah mencintai mereka. Apakah kamu rasa ujian kamu sudah cukup? Ujian kamu tidaklah seberapa.. jika nak dibandingkan dengan mereka yang benar2 mencintai Allah.

    Reply