Kenyataan Media: Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Mengutuk Insiden Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki

KENYATAAN MEDIA: NAIB PRESIDEN KESATUAN ULAMAK ISLAM SEDUNIA MENGUTUK INSIDEN CUBAAN RAMPASAN KUASA DI TURKI


Kami mengutuk cubaan rampasan kuasa oleh segelintir anggota tentera untuk menjatuhkan kerajaan Turki yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi pimpinan AK Party.

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia menggesa semua pihak di Turki untuk menghormati dan mendokong proses demokrasi, bertindak mengikut lunas undang undang dan tidak bertindak sehingga menimbulkan keadaan huru hara.

Pihak kami berdiri teguh bersama hasrat rakyat Turki yang telah memilih kerajaan melalui proses demokrasi yang sah.

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam tragedi rampasan kuasa ini, ahli keluarga, pemimpin dan seluruh rakyat Turki.

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia menyokong kepimpinan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, untuk memperkukuhkan demokrasi dan kuasa rakyat dan berdoa semoga beliau terus dapat memimpin
Turki dengan cemerlang.

Kami juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Turki dan rakyat Malaysia yang berada di Turki.

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

ABDUL HADI AWANG
Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia
12 Syawal 1437H / 17 July 2016M

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = six