Sheikh Al-Qaradhawi: Peti Undi Bukan Kereta Kebal

QATAR: Selepas kegagalan cubaan rampasan kuasa di Turki, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menzahirkan kegembiraan beliau kerana akhirnya cubaan itu tamat dan mengucapkan tahniah kepimpinan Turki dan rakyat negara itu.

Memetik status beliau di laman sosial Twitter, beliau berkata:

“Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, serta tahniah semestinya buat rakyat Turki, kerajaan dan presiden, serta majoriti tentera yang masih menghormati pilihan rakyat.”

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu menambah lagi bahawa hari ini , kehendak rakyat berjaya menewaskan kebatilan dengan izin Allah, dan pada hari esok kehendak rakyat akan terus mengatasi kebatilan.

Sheikh Al-Qaradhawi turut menyeru mereka yang melakukan cubaan rampasan kuasa ini agar memilih saluran pilihanraya; bukannya mendapatkan kuasa dengan menggunakan kereta kebal.

“Para perampas kuasa mendakwa mereka bersama aspirasi rakyat; akan tetapi apabila rakyat keluar untuk menuntut mereka kembali ke berek mereka, mereka gunakan peluru dan jet pejuang.”

“Wahai perampas kuasa, sekiranya matlamat kamu tampuk pemerintahan, maka gunakanlah peti undi untuk berkempen dan bukannya kereta kebal.”

Di akhir status ‘Twit’ itu, beliau berdoa:

“Ya Allah, jadikan kami dalam kalangan kelompok-Mu yang menang, serta tentera-Mu yang tidak tertewaskan. Ya Allah, tinggikan buat kami kalimah Islam, dan naikkan buat kami panji Al-Quran.”

Sheikh Al-Qaradhawi telah mengikuti perkembangan insiden cubaan rampasan kuasa itu sepanjang malam sambil mengirim beberapa mesej solidariti bersama rakyat Turki:

“Wahai rakyat Turki, demi Allah, Dia tidak akan mengecewakan kalian kerana kalianlah yang banyak meringankan bebanan org lain, membantu mereka yang susah, memuliakan tetamu, membantu kebenaran, memilih kebebasan dan membantu golongan yang tertindas. Segala puji bagi Allah, rakyat Turki telah keluar dari kancah rampasan kuasa ini dengan penuh keyakinan.”

(Pautan asal: http://iumsonline.org/ar/aboutar/newsar/lkrdoy-ayh-lnklbyon-donkm-sndyk-lntkhbt-l-thhor-ldbbt/ )

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ sixty five = sixty six