Tentera Zionis Tembak Mati Seorang Rakyat Palestin Di Al-Ram

Palestin – Tentera Zionis Israel mengulangi siri pembunuhan di bumi Palestin apabila telah membunuh rakyat Palestin dan mencederakan yang lain.

Insiden terbaru ini berlaku di pos pemeriksaan di utara Jerusalem.

Dalam kejadian tersebut, tentera Israel telah menembak mati seorang lelaki Palestin serta mencederakan yang lainnya kerana didakwa cuba melakukan serangan rempuhan kereta.

Menurut laporan Al-Jazeera, kejadian itu berlaku pada hari Rabu di pos pemeriksaan daerah Al-Ram.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, tentera Israel berkata salah seorang pengawal sempadan merasa mereka dalam keadaan bahaya apabila pemandu kereta itu dilihat memecut kenderaannya berhampiran pos pemeriksaan, menyebabkan mereka melepaskan tembakan.

Menurut ketua perbandaran Al-Ram, Ali Musilmani, pemuda Palestin yang ditembak mati itu bernama Anwar Al-Salaymeh berusia 22 tahun.

“Dia baru sahaja berkahwin sebulan yang lalu.”

“Seorang lagi pemuda yang turut tercedera dan kini dalam keadaan kritikal ialah Fares Khader Al-Rishq, 20 tahun. Beliau kini dimasukkan ke Hospital Hadassah di Yerusalem,” ujar Musilmani terhadap Al-Jazeera.

Pada masa yang sama, Musilmani turut mengenal pasti seorang pemuda yang terlibat dalam kejadian yang sama; iaitu Mohamed Nassar, 20 tahun.

Dia telah ditangkap di tempat kejadian.

Dalam perkembangan terbaru keganasan sejak Oktober 2015, tentera Israel telah membunuh lebih 200 orang rakyat Palestin, termasuk penunjuk perasaan yang tidak bersenjata, para pemerhati dan penyerang.

Sementara itu, lebih 30 orang rakyat Israel terbunuh kerana ditikam serta dilanggar kereta.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, hampir 17,000 orang telah cedera dalam keganasan itu, kira-kira 6,000 mangsa adalah disebabkan peluru hidup.

(Pautan asal: http://www.aljazeera.com/news/2016/07/palestinian-shot-dead-alleged-car-attack-160713050302529.html )

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

forty eight + = forty nine