Membenarkan Risalah Ar-Rasul

MEMBENARKAN RISALAH AR-RASUL
Oleh : Ahmad Hakimi Othman


Kita kata kita pewaris perjuangan Ar-Rasul, namun benarkah kita betul-betul menjunjung Risalah Ar-Rasul?

Teguran Al-Quran, peringatan Quran disebut? Atau tidak berani dinyatakan kerana takut persepsi makhluk?

Tatkala Nabi ditegur menerusi ayat Allah dalam Al-Quran dengan merujuk Surah Abasa, golongan munafik suka mengulang-ngulang ayat tersebut untuk mengejek Nabi.

Namun, tatkala Nabi dihina puak Quraisy, turun pula bahagian dua Al-Alaq, Al-Masad, Al-Qalam sebagai pembongkaran sikap mereka yang benci kepada ajaran Islam.

Tatkala orang Mukmin terlalu memberi tsiqah dan keyakinan kepada yang tidak sepatutnya, lantas turun ayat Al-Quran memberi peringatan. Peringatan kepada Nabi dan mukmin serta pembongkaran niat-niat yang tidak baik.

Apa apa pun, balik kepada persoalan asal yang lebih utama.

Benarkah kita ini benar-benar membenarkan Risalah Ar-Rasul dalam perjuangan ini?

Beranikah kita menyebut Risalah Nubuwwah tatkala alasan dakwah dijadikan perisai sedangkan dakwah adalah mengembangkan risalah?

Ya Allah, semoga Al-Quran tetap menjadi petunjuk hambaMu ini walau menempuh benci Sang Makhluk.

10 Julai 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fifty five + = sixty two