Menggunakan Elektrik Di Jabatan Kerajaan Atas Tujuan Peribadi

MENGGUNAKAN ELEKTRIK DI JABATAN KERAJAAN ATAS TUJUAN PERIBADI
SOALAN 322 (8 JULAI 2016 M / 3 SYAWAL 1437 H)


SOALAN:

Salam..

Dr/ ustaz saya ada satu soalan dan mohon pandangan serta hukum dari Dr/ ustaz. Saya bekerja di sektor kerajaan dari 8 pagi hingga 5 petang. Saya ada anak kecil yg masih menyusu badan. Oleh itu, saya aingin menggunakan tenaga elektrik di pejabat untuk menge”pam” susu. Soalan saya, boleh tak saya menggunakan tenaga elektrik di pejabat untuk tujuan menge”pam” susu. Bagaimana pula kalau kita menggunakan peti ais, charger telepon dan lain-lain pengunaan elektrik di pejabat? Boleh atau tidak ya?  Tqvm Dr/ ustaz atas kesudian menjawab soalan saya.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Saya dalam isu ini cenderung kepada tidak dibolehkan kerana ia bersifat peribadi. Walaupun begitu, jika digunakan dengan skala yang kecil dan pada bukan pada waktu bekerja seperti waktu rehat maka dibolehkan. Mintalah keizinan daripada pihak ketua.

Kami juga mengesyorkan, jika terpaksa dilakukan juga, agar diperuntukkan sedikit wang untuk diberikan kepada maslahah awam. Keduanya, gantikanlah dengan kita bekerja lebih masa sebagai timbal balas apa yang telah kita lakukan.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Wallahua’lam.

Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/S6exEz

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

sixty three + = sixty four