Siri Penjelasan Ekonomi Islam 6: Islamkah Ekonomi Negara Kita Dengan Wujudnya Bank Islam?

SIRI PENJELASAN EKONOMI ISLAM 6: ISLAMKAH EKONOMI NEGARA KITA DENGAN WUJUDNYA BANK ISLAM?

Oleh: Zaharudin Muhammad.


Malaysia disebut antara negara dunia yang paling pesat perkembangan sistem kewangan Islamnya. Tetapi adakah ia sudah cukup sebagai bukti Malaysia melaksanakan sistem ekonomi Islam?

Saya menegaskan tidak, kerana apabila kita bercakap tentang ekonomi Islam, maka ia merangkumi:

1. Sistem tanah: ia terdiri daripada hukum Ihya dan Iqta. Unsur yang mengharamkan pengurusan tanah dikenali sebagai Hima dilakukan secara  berleluasa pada hari ini, bahkan lebih teruk daripada zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Ketidak patuhan  Syariah dari sudut ini menjadi punca kepada kenaikan harga rumah, peningkatan hutang individu, unrecognozed properties yang dimiliki serta turunnya disposable income rakyat.

Rating saya dalam kategori ini ialah -20% (negetif 20 persen).

2. Pengurusan hasil galian negara: terdapat khilaf sama ada ia boleh dimilik kerajaankan atau boleh dimilik swastakan. Bukan isu swasta atau tidak tetapi isu utamanya ialah milik orang miskin pada hasilan itu ialah sekitar 1/6 (jika milik kerajaan) atau 2/8 (jika milik swasta). Tujuannya supaya minimum pendapatan rakyat ialah (quut as sanah) seterusnya rakyat tidak perlu kepada sistem yang menguntungkan kapitalis melalui kebergantungan rakyat kepada pinjaman bank atau bantuan kerajaan.

Rating saya dalam kategori ini ialah 0%.

3. Sistem percukaian: di dalam Islam ia hanya diambil daripada orang kaya sahaja dan penerima utamanya ialah golongan miskin. Ia sistem pengimbang ekonomi supaya peningkatan pendapatan orang kaya akan meningkatkan juga pendapatan orang miskin. Tetapi sistem hari ini sudah terbalik. Orang miskin banyak membayar cukai dan penerima manfaatnya pula adalah golongan 1 persen rakyat yang terdiri daripada golongan kaya.

Rating saya dalam kategori ini ialah -50% (negetif 50 persen).

4. Sistem muamalat: ia berkaitan dengan kontrak antara 2 pihak. Hari ini dijelmakan dalam bemtuk kewangan Islam yang terdiri daripada Islamic banking, Islamic capital market dan Islamic insurance atau takaful. Dalam sistem muamalat menurut Islam, riba adalah satu kesalahan undang- undang dan pelakunya dikenakan hukuman takzir. Tetapi hari ini riba adalah pilihan yang sah di sisi undang undang kita.

Rating saya dalam kategori ini ialah 40%  (40 persen).

5. Dan lain lain seperti sisten pengswastaan, sosial security (economy part) dan lain-lain.

Kesimpulannya, Islam yang wujud dalam ekonomi kita hanya terdapat pada hukum muamalat Islam sahaja, itupun bukan seratus peratus sebagaimana yang diajar oleh nabi saw. Adapun perlaksanaan ekonomi Islam dari konteks pengurusan tanah negara, hasilan bumi dan lain-lain boleh dikatakan hampir tidak wujud. Jika wujud sekalipun, ia hanya berbetulan bukan secara sengaja.

Sekian.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fifty four − 51 =