Khutbah Jumaat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang: Muhasabah Diakhir Ramadhan

Khutbah Jumaat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Muhasabah Diakhir Ramadhan
1 Julai 2016


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ, عِوَجَا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَن مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ,، الْمَبْعُوثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ ، نَبِيِّ الَّرحْمَةِ وَشَفِيعِ الأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ, وَنَصَرَهُ, وَوَالَاهُ,.

أَمَّا بَعْدُ :

فَيَا عِبَادُ اللهِ، اتَقُوا اللهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التِّقْوَى، فَقَدْ فَازَ المُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala laranganNYA carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan (untuk dunia sehingga akhirat) ialah bertaqwa. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita sudah dipenghujung Bulan Ramadhan pada bahagian yang terakhir mengikut pembahagian yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W:

وهو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار. رواه ابن خزيمة والبيهقي و ابن  حبان

(maksudnya): Ramadhan adalah bulan yang permulaanya rahmat, pertengahanya rahmat dan penutupnya dimerdekakan daripada api neraka.
Apakah kita benar-benar dapat memerdekakan diri kita daripada api neraka? Mengikut ketetapan Allah S.W.T adalah mengikut sejauh mana kita dapat membina jati diri dan keperibadian kita  menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah S.W.T yang menjadi tujuan penting daripada ibadat puasa.

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ)

(maksudnya): wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Surah Al-Baqarah:183.

Bertaqwa itu adalah sejauh mana kita mengikut hidayah (petunjuk) Allah S.W.T daripada Al-Quran karim yang diturunkan pada bulan Ramdahan,   setelah kita melatih diri berlapar, berdahaga, meninggalkan kepuasan hawa nafsu diwaktu siang hari kerana taat kepada Allah S.W.T dan meninggalkan laranganNYA.

Allah S.W.T memilih diturunkan dibulan yang mulia ini Al-quran Karim.

(شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ

(maksudnya): Bulan Ramadhan , bulan didalamnya diturunkan (permulaannya) Al-quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil). Surah Al-baqarah: 185.

Dan Allah S.W.t menegaskan:

(ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ)

(maksudnya): kitab Al-quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datanganya daripada Allah tentang sempurnaannya), ia pula menjadi petumjuk bagi orang-orang yang hendak bertaqwa. Suerah Al-baqarah:2.

Marilah kita melakukan muhasabah diri dan menghitung diri umat islam secara menyeluruh adakah benar-benar mereka mengikut petunjuk yang dinyatakan oleh Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W telah memberi amaran dalam satu hadis:

لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها، وأولهن نقضا الحكم وآخرهن الصلاة. رواه أحمد

(maksudnya): Demi sesungguhnya simpulan yang mengikut setiap ajaran islam akan dirungkai (dirombak) satu demi satu (satu selepas satu). Maka setiap kali satu ikatan dirungkai nescaya orang ramai terpaksa bergantung dengan ikatan simpulan yang masih ada lagi. Maka yang mula-mula dirungkai ialah perkara hukum (Allah) dan yang paling akhirnya ialah solat.

Sebenarnya kita menghadapi zaman hukum-hukum islam dirungkai dan dirombak oleh umat islam sendiri. Kita menyaksikan bertapa akibat yang dialami oleh umat islam pada hari ini berlakunya amaran Allah S.W.T:

(وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ)

(maksudnya): dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (yahudi dan nasrani) yang telah bercerai berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh nabi-nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab siksaan yang besar. Surah Ali-Imran:105.

Walaupun ayat ini mengisahkan orang-orang yahudi ahli kitab yang meninggalkan kitab taurat yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Musa A.S menjadi petunjuk kepada kaum bani Israel apabila orang-orang yahudi bani Israel meninggalkan kitab taurat dan meninggalkan hukum-hukum Allah S.W.T yang ada didalamnya litab taurat. Allah S.W.T timpakan kepada mereka penyakit berpecah belah, becerai berai dan bergaduh diantara satu sama lain menyebabkan mereka menerima hukuman diatas dunia menjadi bangsa yang merempat dan bakal menerima hukuman dihari akhirat sekiranya tidak bertaubat.

Para ulama menegaskan:

العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب

(maksudnya): pengajaran diambil daripada lafaz yang umum, bukan sebab yang khusus.

Lafaz yang umum menunjukan mana-mana umat yang meninggalkan mana-mana petunjuk dalam kitab Allah S.W.t akan menerima penyakit berpecah belah dan bererai berai yang merosakan diri mereka sendiri.

Hari ini kita berada dalam keadaaan umat islam yang bercerai berai dan berpecah belah sehingga perpecahan dalam kalangan umat dapat dimasuki oleh syaitan-syaitan dicelah-celah mereka syaitan-syaitan manusia yang sudah lama bermusuh dengan umat islam telah berjaya  memasukan hasutan-hasutan oleh musuh-musuh islam. Umat islam bukan sahaja menjatuhkan kerajaan mereka sendiri, bahkan mereka terpengaruh dengan tamadun kemajuan barat yang maju kebendaan, tetapi meningglkan kitab Allah S.W.T  tenggelam dalam maksiat. Umat islam ditimpa penyakit yang lebih teruk daripada kaum barat itu. Bukan sahaja orang-orang barat tidak menyerahkan teknologi mereka kepada orang islam sepenuhnya, tetapi penyakit mungkar dan maksiat lebih parah menimpa umat islam.

Kita saksikan hari ini berlaku kehinaan keatas umat islam khususnya dorantau asia barat yang dikurnialan kekayaan yang melimpah ruah, tetapi tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka, bahkan kekayaan itu membakar diri sendiri, bukan sahaja berlaku pembunuhan diantara satu sama lain dengan senjata-senjata yang dibeli daripada musuh-musuh islam untuk membunuh sesama umat islam, bahkan umat islam sendiri dihukum apabila Masjid Aqsa , kiblat pertama umat islam ditakluk oleh orang-orang yang bukan islam. Walaupun disana ada kumpulan-kumpulan islam yang dijanjikan oleh nabi S.A.W yang mempertahankan Masjid Aqsa itu, tetapi kumpulan itu dikecewakan oleh umat islam sendiri. Tidak dibantu oleh saudara-saudara mereka yang berjiran kerana jiran-jiran masjid Aqsa sibuk berperang sesama sendiri.

Inilah kehinaan yang ditimpa oleh umat islam pada hari nini yang merupakan amaran didunia yang diberi oleh Allah S.W.T ditimpa azab didunia, dikoyak rabak, dimusuhkan oleh musuh-musuh dan diri mereka sendiri. Sesungguhnya masa tidak terlambat, dunia belum kiamat untuk mereka kembali ke pangkal jalan, kembali kepada petunjuk Allah S.W.T. dan kepada mereka yang menjadi pemerhati dari jauh dalam kalangan umat islam hendaklah sedar dan insaf serta kembali kepada petunjuk Allah S.W.T serta mengelakan diri mereka dikawasan masing-masing supaya tidak dimasuki oleh syaitan-syaitan yang memusnahkan mereka. Juga supaya mereka terus kembali kepad Al-quran karim, petunjuk Allh S.W.T.

Marilah pada bulan Ramadhan yang mulia ini kita melakukan muhasabah diri, umat dan masyarakat islm agar kembali bertaqwa kepada Allah S.W.T dan bertaubat.

أعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ.

(وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ)

(الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ)

(وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ)

(maksudnya): dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari tihan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi. Yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahan dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji yang mengzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampunan akan dosa mereka dan sememangan tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melaikan Allah dan mereka juga tidak tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Surah Ali-Imran:133-135.

بَارَكَ اللَّهُ ولَكُمْ فِي الْكِتَابِ والسُّنَةِ. وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِالْآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ. أَقُولُ قَولِى هَذَا وَاَسْتَغفِرُ الله العَظِيمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ، هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

http://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/8945-khutbah-jumaat-muhasabah-diakhir-ramadhan

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

three + 6 =