Strategi Lima Lapis Siri VIII: Negara Islam Mengelak Menjadi Bidak Kuasa 

STRATEGI LIMA LAPIS SIRI VIII: NEGARA ISLAM MENGELAK MENJADI BIDAK KUASA BESAR
Oleh : Dr Muhammad Atiullah Othman


Hari ini 5 Julai 2016 merupakan detik hitam dalam zaman Milinium apabila Madinah al-Munawwarah dibom oleh pengebom berani mati. Walaupun angka kematian sangat rendah, ia merupakan petanda bahawa umat Islam diajak berperang dengan kumpulan militan bernama Islamic State of Iraq and Syam (ISIS).

Madinah adalah negara Islam pertama umat Islam pimpinan nabi Muhammad SAW Pengebomannya adalah signifikan terhadap umat Islam seluruhnya. Jikalau ISIS beragama Islam, tentu sahaja ISIS tidak melakukannya kerana secara logik pengeboman terhadap Madinah hanya bermakna perseteruan terhadap Islam.

Arab Saudi sebagai penjaga dua tanah haram dan negara Islam yang berdaulat tidak seharusnya mengambil tindakan sebagaimana Amerika Syarikat yang mengamuk terhadap kumpulan militan al-Qaedah. Amerika mengambil kesempatan ini untuk memburu Usamah bin Laden dan kumpulan al-Qaedah walaupun tiada bukti kukuh membabitkan mereka.

Sebaliknya, perihal isu pengeboman al-Qaedah mestilah melalui siasatan rapi dan lengkap. Jikalau wujud bukti yang meyakinkan, hendaklah membawa pesalah ke muka pengadilan. Jikalau tiada bukti, hukuman melalui perang adalah tertegah sama sekali.

Sudah cukup peristiwa 11 September 2001 menjadi pengajaran kepada umat Islam. Peristiwa ini telah mengheret kepada peperangan terhadap banyak negara umat Islam merangkumi Iraq, Afghanistan, Libya, Yaman dan Syria.

Manakala bidak amukan Amerika terhadap pengganas adalah Pakistan, Arab Saudi, Mesir, Turki dan Iran. Negara-negara ini terikut-ikut dengan permainan Amerika sehingga negara umat Islam menjadi bidak dalam konflik berdarah di negara-negara umat Islam.

Sudah cukup “strategi baling batu dan sorok tangan” ini memperdayakan negara-negara umat Islam membesarkan luka umat Islam menjadi parah. Negara-negara umat Islam hendaklah merawat luka-luka ini, bukan diheret oleh Amerika untuk bertempur tanpa penghujung.

Sejak kejatuhan Andalusia lagi, negara-negara umat Islam diajak berperang sesama sendiri. Akibatnya, negara Islam Andalusia lenyap tiada berkubur dan muslim tersungkur tanpa bangkit. Faktornya adalah konflik perseteruan sesama umat Islam menjadi semakin tenat sehingga lemah dan longlai.

Strategi demikian digunakan negara-negara penjajah Britain, Perancis, Belgium dan Holand bagi meratah negara-negara Islam di seluruh dunia termasuklah di tanah Melayu. Konflik pergaduhan negara beraja di Tanah Melayu sememangnya dimanipulasi oleh Britain bagi menundukkan raja-raja Melayu dan mengaut kekayaan Tanah Melayu seperti bijih timah.

Jadilah seperti Sultan Abu Bakar pemerintah kerajaan Johor-Riau yang berani berhadapan negara Portugal dan Belanda bagi mengembalikan kerajaan Melayu Melaka ke tangan umat Islam. Di bawah pemerintahan baginda, Britain turut mengiktiraf kebijaksanaannya.

Kita perlu belajar dari zaman penjajahan. Bagaimana negara-negara umat Islam dirobek-robek oleh kuasa Besar dan keinginan negara-negara kuasa Besar tercapai dengan perpecahan umat Islam. Mujurlah perang dunia kedua menyaksikan peperangan sesama negara kuasa besar sehingga kekuatan tentera mereka tidaklah segah sebelum perang ini bermula.

Negara-negara umat Islam perlu mengelak peperangan dan menumpukan penyatuan kekuatan umat Islam. Tiada apa yang boleh dibanggakan jikalau negara Islam dapat mengalahkan negara umat Islam yang lain. Perang sesama sendiri hanya mengakibatkan yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ sixty five = sixty seven