Siapa Yang Menyembah Ramadhan, Ia Akan Berakhir, Siapa Yang Menyembah Allah, Ia Hidup Tidak Mati.

TAZKIRAH 30 RAMADAN: SIAPA YG MENYEMBAH RAMADAN, IA AKAN BERAKHIR. SIAPA YG MENYEMBAH ALLAH, IA HIDUP, TIDAK MATI.

Oleh: Dr. Muhamad Faisal


Kita sudah berada benar-benar di penghujung bulan Ramadan. Orang yg benar2 ibadat, akan terasa sayu sungguh dengan pemergian Ramadan kerana sesuatu yg berharga akan pergi berlalu. Ramadan, bulan yang penuh berkat, nikmat dan keampunan Allah. Di penghujung Ramadan ini, pastinya Allah menjanjikan dengan pembebasan daripada api neraka. Bagi yang bersungguh-sungguh mensucikan dirinya di bulan ini.

Di penghujung Ramadan ini, marilah kita merenung kembali tentang diri kita, apakah Ramadan kali ini sudah memberi kesan kepada diri kita, baik dari sudut tutur kata, perlakuan dan hati nurani dari terjebak dalam perkara maksiat. Atau memang kita dapat jangkakan sejak awal lagi “aku macam dulu juga”, sama sahaja sama ada sebelum atau selepas Ramadan. Ramadan tidak membekas dalam diri kita dan kini ia ingin berpisah dari kita. Tahun depan belum tentu lagi kita akan menikmati Ramadan lagi. Ini yang patut untuk lebih kita runsingkan berbanding dengan sambutan hari raya kerana hari raya adalah hari kegembiraan atas amalan yang dilakukan. Kalau tiada sebarang kesan, apa ertinya Ramadan?

Sepanjang Ramadan selama sebulan ni, kita giat melakukan pelbagai ibadat, namun mampukah kita untuk meneruskan momentum ini selepas Ramadan. Kita perlu merancang sesuatu selepas ini bagi menampung kelemahan amal ibadat kita. Carilah satu amalan yang kita boleh istiqamah dengannya selepas ini.

IBADAT KERANA ALLAH, BUKAN KERANA RAMADAN

Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebutkan orang yang hanya kuat ibadat pada bulan Ramadan, tetapi langsung kurang atau tiada komitmen pada bukan bulan Ramadan, maka dia sebenarnya adalah ahli Ramadan. Kita perlu menjadi hamba Allah, bukan hamba Ramadan. Namun, apabila Allah suruh kita ibadat di dalam bulan yang mulia ini, maka kita laksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Mulai hari ini marilah kita berazam dengan niat yang kuat, setelah Ramadan usai menginjak pergi, kita akan tetap meneruskan apa sahaja yang telah kita lakukan selama sebulan ini seperti solat malam, membaca al-Quran, solat berjemaah, zikir, sedekah, solat sunat, menuntut ilmu, mendengar kuliah dan sebagainya.

“Ya Allah, Ramadan ini berakhir sehari lagi dan ia akan meninggalkan kami, sehinggalah kalau ada peluang, kami akan bertemu dengannya pada tahun akan datang. Ya Allah! Janganlah Dikau jadikan puasa kali ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Dikau menetetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang sia-sia.

“Berilah masa kepada kami untuk terus beramal seperti dalam bulan Ramadan. Kami bersyukur kerana diberi hidayah dan petunjuk untuk mentaati-Mu dengan ikhlas hati kami dan beribadat kepada-Mu… kami mengharapkan keampunan dan keredhaan-Mu”.

“Ya Allah..,, !! terimalah puasa kami, qiam kami, munajat kami, bebaskanlah kami dari siksaan api neraka. Sesungguhnya kami telah banyak melakukan kesalahan, kesilapan serta mengabaikan tanggungjawab terhadap Mu ya Allah… Kami hambamu yang lemah, kerap tewas dengan tuntutan nafsu dan bisikan syaitan. Jadikan latihan sepanjang bulan Ramadan ini latihan yang dapat menguatkan keimanan kami kepada mu Ya Allah.

“Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadan ini bukanlah perpisahan buatselama-lamanya. Semoga aku dapat bertemu semula dengan Ramadan pada tahun hadapan dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan. Aku merindui Ramadan Ya Allah… Aku merindui Ramadan Ya Allah… Aku merindui Ramadan Ya Allah… Ampunkanlah aku dan rahmatilah aku. Amin Ya Rabbal Alamin.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− seven = two