Sheikh Dr Salman Al-Audah: Tiada Syarat Luar Biasa Untuk Bahagia

Sheikh Dr Salman Al-Audah: Tiada Syarat Luar Biasa Untuk Bahagia

Diterjemah oleh: Nasuha & Nurul Hana


Seringkali manusia beroleh kegembiraan dengan hanya memandang keindahan alam dan ciptaan Allah yang tertulis padanya hikmah dan tanda keluasan rahmat-Nya.

Lantaran itu, manusia tidak seharusnya terbawa-bawa dengan emosi sedih dan putus asa bahkan berusaha mencari serta mencipta detik-detik kebahagiaannya sendiri.

Walaupun setiap bandar mempunyai sampah dan bau busuk yang menjemput perasaan negatif dalam diri tetapi pandanglah kepada pemandangan yang cantik lagi menggembirakan hati.

Begitulah asam garam kehidupan, kadangkala ada kepedihan dan kegembiraan.

Hakikatnya, kegembiraan wujud dengan mudah bahkan tidak memerlukan syarat-syarat yang mustahil hanya cukup sekadar senyuman untuk membuat hati berasa gembira.

Dr. Abdul Wahab At-Thoriri pernah berkata:

“Setiap muslim seharusnya sentiasa bergembira dengan kurniaan Allah kerana di situ terbuka nya pintu-pintu kebahagiaan. Kadangkala dengan hanya menikmati secawan kopi mampu membahagiakan pada seseorang.”

Dalam permusafiran setiap bandar mempunyai ruh tersendiri.

Apabila seseorang menziarahinya pasti akan mendapat ketenangan, dan membekaskan rasa rindu apabila berjauhan.

Oleh itu, alangkah indahnya jika manusia dapat memperindah jiwa-jiwa mereka seperti indahnya bandar-bandar yang sentiasa dikasihi dan dicintai itu.

Dalam catatan pengalaman Dr. At-Thoriri juga, terdapat kisah tentang keindahan Masjid Aya Sofia yang beliau ziarahi di Istanbul, Turki.

Kebahagiaan dan kegembiraan yang beliau rasai bertambah lagi apabila terkenangkan kejayaan umat Islam mmbuka kota Konstantinopel.

Sebaliknya, ketika menziarahi Masjid Qurti di Andalusia, beliau berkata:

“Kepahitan umat Islam hidup dalam keadaan buangan.”

Sesungguhnya, menghayati ibrah daripada sirah nabawiah sebenarnya sudah cukup untuk mencipta perasaan gembira, kasih sayang dan persaudaraan.

Selain itu, melalui penghayatan Sirah Nabawiah juga, manusia dapat menjauhi perasaan selalu bersedih dan kecewa yang sememangnya berbeza dengan kehidupan Nabi SAW yang mana kehidupan baginda SAW sentiasa dihiasi kecemerlangan dan diwarnai ruh positif.

(Petikan tazkirah yang disampaikan oleh Sheikh Dr. Salman Al-Audah)

Pautan Asal: http://iumsonline.org/ar/aboutar/newsar/laaod-snaa-lsaad-l-thtg-l-shrot-taagyzy-fydyo/

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

one + nine =