Zakat Fitrah Memberi Kesan Besar Kepada Individu Dan Ummah

Zakat Fitrah Memberi Kesan Besar Kepada Individu Dan Ummah
Oleh: Mohd Nazmi


‘Zakat Fitrah’ ialah zakat badan yang merupakan ibadah wajib ke atas semua individu muslim bermula dari umur seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia yang mana tanggungjawab membayar zakat fitrah ini mesti dilaksanakan samaada oleh individu itu sendiri, ahli keluarga atau ibu dan ayah untuk anak-anak mereka yang belum baligh serta masih dalam tanggungan.

Zakat fitrah mesti dibayar sekali setahun pada bulan Ramadan kepada amil yang bertugas mengutip zakat.

Zakat fitrah wajib ditunaikan bermula hari pertama Ramadan hinngalah ke pagi raya sebelum umat Islam menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.

Zakat Fitrah Mensucikan Hati Dan Harta

خُذْ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Artinya: “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketentraman jiwa bagi mereka. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”. (At-Taubah : ayat 103)

Berdasarkan firman Allah tersebut, jelaslah bahawa ibadah zakat berfungsi untuk mensucikan harta dari unsur syubhah dan dengan mengeluarkan zakat juga akan mensucikan hati kita diri sifat kikir serta sayangkan harta secara berlebihan; kerana sesungguhnya setiap harta yang kita miliki terdapat hak orang lain yang mesti ditunaikan

Dari dalil di atas juga jelaslah bahawa zakat itu benar-benar perintah Allah SWT.

Oleh karena itu, kita harus tunduk dan mengikuti perintah Allah yang satu ini kerana zakat adalah termasuk rukun islam yang keempat.

Hikmah pensyariatan Zakat

Antara hikmah pensyariatan zakat adalah dapat membentuk akhlak dan peribadi mulia seperti infaq, sedeqah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang kurang berkemampuan serta tidak bernasib baik, dan fakir miskin.

Selain itu, ibadah zakat juga merupakan satu cara untuk kita menzahirkan rasa syukur di atas nikmat melimpah-ruah yang dikurniakan Allah SWT bagi hambanya yang sentiasa bersedekah dan mengeluarkan infaq.

Zakat dapat memperkuat jalinan ukhuwah dan mahabbah antara pemberi zakat dengan orang lain terutama penerima zakat.

Si pemberi zakat juga akan menginsafi bahawa masih ramai lagi insan yang memerlukan bantuan.

Melaksanakan ibadah zakat yang merupakan salah satu rukun Islam ini boleh memberikan banyak keuntungan kepada umat Islam sekiranya hasil kutipan zakat diuruskan dengan betul.

Hal ini juga akan memberikan impak besar kepada pembangunan ekonomi umat Islam sebagaimana yang telah dibuktikan semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Azizi yang mana rakyatnya bebas daripada kemiskinan hasil manfaat yang diperolehi secara maksimum daripada pengurusan zakat yang tersusun dengan cara yang betul selaras dengan kehendak Syariat.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 31 = thirty five