Strategi Lima Lapis Siri Vi: Peluang Negara Islam Berperlembagaan Mengukuhkan Syariat Islam

STRATEGI LIMA LAPIS SIRI VI: PELUANG NEGARA ISLAM BERPERLEMBAGAAN MENGUKUHKAN SYARIAT ISLAM
Oleh : Dr Muhammad Atiullah Othman


Apabila Mohamad Morsi menjadi Presiden Mesir, beliau membawa satu set baru perlembagaan negara Mesir 2012 untuk dipilih oleh rakyat Mesir. Perlembagaan tersebut adalah untuk menggantikan perlembagaan lama 1971.

Pelbagai reaksi diberikan terhadap perlembagaan baru ini. Terutamanya golongan Sekular, Liberal dan pejuang hak asasi Wanita.

Dalia Ziada iaitu pemerhati hak asasi manusia beranggapan perlembagaan ini bakal mengganggu kebebasan wanita terutamanya isu pemakaian tudung. Perlembagaan ini juga bakal merampas hak-hak wanita.

Zyad al-Alaimy iaitu pemimpin politik liberal pula berpendapat bahawa perlembagaan baru ini adalah terlalu Islam dan akan menidakkan hak-hak minoriti terutamanya penganut agama Kristian dan wanita. Pemimpin revolusi Mesir iaitu Wael Ghonim juga menentang kerana revolusi Mesir bukan untuk mengubah perlembagaan tetapi mengubah kerajaan diktator ketika itu.

Paling ketara dan kegusaran paling besar adalah bermula pertelingkahan antara al-Azhar dan Salafis. Al-Azhar beranggapan perlembagaan sedia ada sudah cukup untuk membawa perubahan kepada undang-undang Syariah. Menurut bekas Mufti Dr Nasr Farid beranggapan bahawa perlembagaan negara sudah meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Keperluan hanyalah kepada pemindaan undang-undang sedia ada.

Berbanding Salafis terutamanya dari Parti Hizbul Nur pula menyokong sebulat suara mengenai pemindaan perlembagaan ini. Banyak perkara baru dikemukakan seperti tempoh seseorang presiden hanyalah dua penggal, kebebasan bersuara, pemansuhan tangkapan tanpa bicara, kebebasan individu dan paling penting menghentikan pengharaman Ikhwan Muslimin.

Namun, perlembagaan ini dianggap sebaliknya oleh parti politik sekular yang bakal mengancam amalan sekular, melebihkan golongan Islamis dan paling penting adalah memberi kuasa yang besar terhadap presiden Mesir.

Rakyat Mesir telah membuat keputusan mengenai perlembagaan negara ini pada 15-22 Desember 2012 dengan sokongan 64% berbanding menolak perlembagaan ini sebanyak 36%. Akhirnya, Presiden Morsi menandatangani perlembagaan ini pada 26 Desember 2012.

Pertikaian perlembagaan tidak terhenti di situ. Malah, ia menimbulkan perseteruan baru dengan golongan tentera. Ketua Tentera Mesir iaitu General Abdul Fattah al-Sisi mengambil peluang ini untuk menggulingkan Presiden Morsi. Penggulingan ini kemudiannya disertai dengan pengembalian perlembagaan negara 2014 yang diambil dari perlembagaan negara 1971 yang lama.

Pertelingkahan perlembagaan negara Mesir terhenti di situ. Alangkah baiknya jikalau Presiden Morsi tidak mengambil langkah kontroversi dan mengikuti saranan bekas Mufti dan ulama al-Azhar yang menyarankan pemindaan perlembagaan sahaja bukan perlembagaan yang baru.

Pengalaman negara-negara Islam yang telah melaksanakan syariat terutamanya Arab Saudi, Pakistan dan Brunei adalah meminda perlembagaan bukan menukar dengan yang baru. Pemindaan perlembagaan yang baru bakal mengundang keraguan dan rasa tidak senang dengan pelbagai isu yang timbul.

Sebenarnya, jikalau sesebuah negara telah meletakkan Islam sebagai agama rasmi, ia merupakan peluang kepada pemimpin dan masyarakat Islam agar dapat mengubah perlembagaan negara kepada Syariat Islam dengan cara bertahap. Cara ini telah dibuktikan kejayaannya di beberapa negara Islam yang lain

Artikel Berkaitan:
1.Strategi Lima Lapis Siri I : Perjuangan Negara Sekular Keras Kepada Sekular Neutral
2.
Strategi Lima Lapis Siri II : Negara Sekular Kepada Negara Islam Berperlembagaan
3.
Strategi Lima Lapis Siri III: Menuju Negara Islam Sepenuhnya
4.
Strategi Lima Lapis Siri IV: Kontroversi Menuju Negara Islam
5.
Strategi Lima Lapis Siri V: Negara Beraja Memperkasakan Syariah Islam

 

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

forty one − thirty three =