Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Menyeru Dunia Bertindak Ke Atas Kerakusan Regim Zionis

Pembantaian Terkini Ke Atas Al-Aqsa: Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Menyeru Dunia  Bertindak Ke Atas Kerakusan Regim Zionis


KUALA LUMPUR– Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, telah mengeluarkan kenyataan menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan ke atas jenayah kemanusiaan yang dilakukan regim Zionis di Bumi Al-Aqsa sekarang ini.

Kenyataan yang dikeluarkan kelmarin itu menegaskan pendirian teguh bersama-sama dengan seluruh organisasi, persatuan-persatuan serta parti-parti politik agar mengutuk dan mengecam insiden keganasan regim Zionis di Masjid Al-Aqsa dan pembantaian regim terhadap umat Islam sekitar Al-Aqsa yang sedang beriktikaf dan mengimarahkan masjid itu.

Menurut beliau lagi, pihak yang bertanggungjawab terhadap agama Islam dalam kalangan pemimpin dan ulamak perlu menunaikan kewajipan mereka menyeru umat Islam agar bangkit  membebaskan Bumi Al-Quds yang merupakan kefarduan yang tidak wajar dipandang enteng.

“Hakikatnya, regim Zionis telah merentap hak asasi warga Palestin; bahkan dengan bongkak melaksanakan strategi haram untuk merampas bumi itu,” tegas beliau.

Justeru, Naib Kesatuan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu menyeru masyarakat antarabangsa supaya menentang regim Zionis yang telah melakukan kemusnahan serta menyebabkan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial di negara Palestin.

Dalam kenyataan itu juga, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang turut menggesa negara-negara dunia  terumanya Dunia Islam dan Dunia Arab agar memutuskan apa jua bentuk kerjasama dan hubungan dengan negara regim haram Israel kerana tindakan negara itu yang secara terang-terangan melanggar pelbagai batas dan hak kemanusiaan, keagamaan dan kenegaraan.

Beliau berharap kerajaan negara-negara Islam berganding tenaga sebagai satu mekanisma untuk  membebaskan Al-Quds dan sekitarnya daripada penjajahan dan pendudukan haram Israel.

“(Kami) juga mengucapkan salam kepada penduduk Baitul Maqdis dan sekitarnya yang tidak gentar dengan usaha jahat musuh serta mendoakan kepada  mereka yang menjadi mangsa kerakusan Israel, serta mendoakan kebahagiaan kepada para syuhada’ mereka dan semoga tawanan-tawanan dibebaskan.”

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty two + = 31