Mesir : Siri Penculikan Imam Solat Berulang

MESIR : SIRI PENCULIKAN IMAM SOLAT BERULANG
Oleh: Zaim As-Sibaie


BEHEIRA : Tentera Kementerian Dalam Negeri rejim kudeta Mesir telah menyerbu sebuah masjid di bandar Delegat yang terletak di wilayah Beheira, Mesir semalam.

Dalam serbuan tersebut, dilaporkan pihak tentera telah menggangu dan melakukan keganasan terhadap jemaah yang sedang solat serta menculik imam solat itu.

Imam bernama Sheikh Mohsen Mahmoud Gharbaoui itu dikhabarkan diheret dengan kasar dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui.

Penduduk bandar Delegat mengecam tindakan rejim kudeta itu, serta menyifatkan ia sebagai tindakan yang kejam dan tidak bertamadun.

Rakyat Delegat memaklumkan bahawa Sheikh Mohsen Gharbaoui merupakan seorang imam yang disegani dan dikenali oleh penduduk tempatan.

Beliau juga diceritakan sering mengerjakan aktiviti kebajikan kepada penduduk tempatan serta baik hati; malah tidak pernah terlibat dalam sebarang salah laku dan jenayah.

Mereka juga turut menegaskan adalah tidak wajar beliau diculik ketika solat; sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai perbuatan yang kejam dan tidak berhati perut.

Peguam Sheikh Gharbaoui memberitahu bahawa keluarganya telah pun membuat laporan tentang kejadian tersebut berikutan terdapat ramai saksi dalam kejadian itu.

Tambahnya lagi, sekiranya imam itu tidak dilepaskan, kes itu perlu dibawa kepada pendakwa raya untuk soal siasat mengikut prosedur yang  sewajarnya.

Kes penculikan ini merupakan sebahagian daripada siri tindakan kejam oleh pihak yang tidak berperikemanusiaan.

Sumber Petikan : IKHWANWEB (http://www.fjponline.com/article.php?id=3261)

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

2 + three =