Terkini : Kenyataan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Berkenaan Isu Pencerobohan Terbaru Regim Zionis Ke Atas Masjid Al-Aqsa

Terkini : Kenyataan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Berkenaan Isu Pencerobohan Terbaru Regim Zionis Ke Atas Masjid Al-Aqsa


DOHA,25 RAMADAN 1437H / 30 JUN 2016M

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mengutuk pencerobohan tentera Haram Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan serangan mereka terhadap penduduk bumi Al-Quds.

Kesatuan juga menyeru semua umat Islam, para rakyat dan pemimpin serta semua organisasi diseluruh dunia agar menyokong penuh serta mempertahankan Al Aqsa, bumi suci umat Islam itu.

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia turut menyeru masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada rejim Zionis supaya berundur dari Palestin dengan segera dan menghentikan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya serta menamatkan sebarang bentuk usaha sia-sia untuk memisahkan geografinya dan apa sahaja bentuk kezaliman.

Kesatuan juga ingin menyeru para ulamak dan khatib serta para pendakwah agar menyampaikan mesej mereka tentang al Aqsa dan khutbah Jumaat secara lebih khusus mengenai Al-Aqsa, untuk menyedarkan masyarakat supaya menyokong perjuangan rakyat Palestin sehinggalah penjajah Zionis itu menghentikan keganasan mereka.

Usaha ini juga bertujuan meniup semangat solidariti dengan impian para pejuang di Baitul Maqdis serta sekitar Masjid Al-Aqsa.

Berikut adalah kenyataan penuh :

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan sesiapa yang bersama dengan baginda.

Kesatuan Ulamak islam Sedunia mengikuti perkembangan insiden keganasan yang dilakukan rejim Zionis di sekitar Masjid Al-Aqsa di Bumi Palestin yang mulia.

Ianya menyaksikan pencerobohan tentera haram Zionis terhadap Masjid Al-Aqsa oleh rejim penjajah melalui pintu barat yang dilakukan setiap hari terutama di 10 terakhir bulan Ramadan yang mulia ini.

Tindakan mereka ini menyalahi sebarang ajaran agama samawi serta undang-undang sivil antarabangsa.

Ianya juga merupakan salah satu cubaan regim untuk menjajah serta memisahkan geografi bumi itu yang pasti tidak akan diizinkan Allah SWT.

Tindakan mereka itu juga menggambarkan permusuhan berpanjangan regim zionis terhadap umat Islam di Baitul Maqdis dan usaha untuk mengulangi apa yang telah mereka lakukan di Masjid Al-Ibrahimi sebagai cubaan memisah-misahkan bumi tersebut.

Justeru, inilah pencerobohan yang tidak tidak pernah berakhir serta permusuhan yang berpanjangan terhadap masjid ini, anak watannya serta pejuang-pejuangnya dikala dunia Islam, dunia Arab dan global seluruhnya terus mendiamkan diri.

Berikutan perkembangan peristiwa keganasan yang dilakukan oleh regim Zionis terhadap bumi Palestin serta Masjid Al-Aqsa, maka Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dengan ini menegaskan perkara-perkara berikut:

1. Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mengutuk tindakan ganas penjajah Zionis ke atas bumi Palestin; terutamanya insiden yang berlaku baru-baru ini dengan pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa serta siri serangan mereka yang diiringi pasukan tentera dan disaksikan seluruh dunia.

2. Kesatuan menggesa Umat Islam, Bangsa Arab serta masyarakat dunia melakukan apa jua usaha mempertahankan Masjid Al-Aqsa di peringkat antarabangsa bagi menghadapi kezaliman regim Zionis demi kesucian serta hak bumi Palestin serta penduduknya.

Kesatuan juga ingin menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu utama umat Islam.

3. Kesatuan menyeru masyarakat antarabangsa supaya menyatakan suara mereka terhadap penjajahan Zionis ke atas bumi Palestin dan memberi tekanan terhadap regim supaya berundur dengan segera dari kawasan masjid serta sekitarnya secara menyeluruh, menghentikan sebarang serangan di bumi itu serta melindunginya dari sebarang usaha jahat pihak Zionis. Selain itu, tekanan juga harus diberikan supaya regim menamatkan apa jua usaha untuk memisahkan geografi bumi suci itu serta tidak berputus harapan dengan kelemahan umat Islam masa kini; sesungguhnya umat Islam kini masih ditimpa penyakit tetapi umat ini tidak akan mati, dengan izin Allah.

4. Kesatuan menggesa ulamak Islam serta para pendakwah agar menganjurkan kempen ‘Labbaika Ya Aqsa’, yang bermatlamatkan untuk menyedarkan umat Islam di dunia ini supaya mempertahanakn Masjid Al-Aqsa serta mendedahkan perancangan jahat regim Zionis dan sekutu mereka.

Begitu juga para ulamak dan pendakawah diseru agar mengadakan aktiviti dakwah, munajat serta khutbah Jumaat demi keamanan Palestin, bumi Al-Quds serta Al-Aqsa; sehinggalah tuntutan umat Islam dan para pejuang di wilayah itu tertunai, khasnya demi keselamatan Masjid Al-Aqsa.

5. Kesatuan bersolidariti dengan impian dan kehendak saudara kami yang terdiri daripada para pejuang di setiap penjuru Masjid Al-Aqsa yang mulia; serta ingin menegaskan bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan usaha jihad dan perjuangan mereka serta menyeru seluruh umat agar memberi sokongan dan solidariti bersama-sama mereka dengan apa cara sekalipun.

Firman Allah SWT:
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ)
Jika kamu memperjuangkan agama Allah swt. Nescaya Allah akan memberi kemenangan ( nusrah ) kepada kamu dan menetapkan pendirian kamu.(Surah Muhammad : Ayat 7)

Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia,
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia,
Sheikh Dr Ali Muhiuddin Al-Qurrah Daghi

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− three = 5

Comments

  • Rey Nurey July 1, 2016 at 8:08 pm

    Al Aqsa milik umat lslam

    Reply