Sheikh Dr. Salman Al-Audah: Dekatkan Diri Kepada Allah Di 10 Terakhir Ramadan

Sheikh Dr. Salman Al-Audah: Dekatkan Diri Kepada Allah Di 10 Terakhir Ramadan
Terjemahan Abid Dhaif


Ramadan hampir berlalu, dan kini umat Islam berada di fasa sepertiga terakhir bulan Ramadan.

Sehubungan itu, umat Islam perlu lebih bersungguh-sungguh merebut fadhilat 10 malam terakhir Ramadan ini; kerana banyak amal ibadah tidak memerlukan kepada waktu yang banyak akan tetapi memerlukan kepada keazaman dan kemahuan yang berkobar-kobar.

Persoalannya, apakah amalan yang paling utama pada bulan Ramadan ini?

Mungkin di sana ada sebahagian yang akan menjawab solat sebagai amalan terbaik; sebahagian lain menjawab amalan membaca Al-Quran yang terbaik kerana fadhilat membaca satu ayat diberikan ganjaran 10 kebaikan; dan sebahagian yang lain menjawab sedekah, zakat dan sebagainya.

Walaubagaimana pun, hakikatnya semua amalan yang tersebut adalah terbaik, kerana jalan menuju syurga itu terlalu banyak.

Apa yang penting adalah dengan menyedari bahawa amalan-amalan ini berbeza-beza mengikut kadar khusyuknya hati serta kesannya kepada hati.

Hakikatnya, manusia diberikan peluang yang sangat luas, akan tetapi yang paling utama di sisi Allah ialah hati yang lapang dari belenggu nafsu, sifat hasad dengki, kedekut serta hadirnya hati di dalam setiap ibadah.

Oleh yang demikian, umat Islam haruslah mendekatkan diri kepada Allah dengan menjauhi hasad dengki, kedekut, berburuk sangka, kebencian serta permusuhan sesama mereka.

(Petikan Tazkirah Sheikh Dr. Salman Al-Audah)

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

forty six + = 54