Setiap Insan Bertanggungjawab Ke Atas Amal Yang Dilakukan

SETIAP INSAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS AMAL YANG DILAKUKAN

(Terjemahan: Liana & Syazwani)


Setiap manusia akan dihitungkan segala amalannya sama ada baik atau buruk; demikian sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah SWT dalam Surah Al-Muddathir yang berbunyi:

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ * إِلَّا أَصْحَابَ الْيَمِينِ * فِي جَنَّاتٍ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ الْمُجْرِمِينَ * مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ * قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ * وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ * وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ * وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ * حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ * فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ * فَمَا لَهُمْ عَنِ التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ * كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُسْتَنْفِرَةٌ * فَرَّتْ مِنْ قَسْوَرَةٍ * بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِنْهُمْ أَنْ يُؤْتَى صُحُفًا مُنَشَّرَةً * كَلَّا بَلْ لَا يَخَافُونَ الْآخِرَةَ * كَلَّا إِنَّهُ تَذْكِرَةٌ * فَمَنْ شَاءَ ذَكَرَهُ * وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ هُوَ أَهْلُ التَّقْوَى وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ

Ayat tersebut menerangkan bahawa manusia itu dihisab dengan dua sebab, samada kerana pilihannya ataupun kerana kehendaknya

Pada awal ayat di atas , Al-Quran menegaskan bahawa setiap insan bertanggungjawab di atas setiap amalannya berbentuk pilihan (اختياري); sama ada baik atau buruk.

Begitu juga manusia tidak dipertanggungjawabkan ke atas amalan orang lain sesama mereka

Secara asasnya, setiap amalan akan dihitung mengikut kepada si pelakunya kerana setiap orang telah dikurniakan akal dan kehendak dan ia merupakan anugerah yang Allah berikan kepada manusia serta bebas digunakan.

Allah SWT berfirman:

كُلُّ نَفْس بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَة
Intipati ayat ini bermakna dijamin setiap usaha seseorang itu dan dihisab setiap amalannya sama ada baik atau buruk.

Al-Qadhi Abu Muhammad dalam tafsir beliau, ‘المحرر الوجيز’ menyebut:

“Ia menerangkan tentang peringatan bahawa setiap manusia melalui jalan hidayah serta jalan kebenaran.”

Kalimah ‘ha’ pada (رَهِينَة) adalah lafaz mubalaghah (hiperbola); atau menunjukkan lafaz muannas, dan bukanlah merujuk kepada sifat insan.

Allah SWT berfirman:
إِلَّا أَصْحابَ الْيَمِين
Kalimah إلا adalah istisna’ zahir infisol; iaitu pengecualian yang membawa erti (لكن); iaitu akan tetapi

Ini kerana mereka (اصحاب اليمين) golongan kanan tidak dihisab dengan apa yang tidak mereka kerjakan.

Telah diriwayatkan oleh Abu Zibyan dari Ibnu Abbas RA berkata:

“Mereka adalah muslimin, maka setiap muslim itu ada yang berada dalam ketaatan dan ada yang berada dalam kemaksiatan.”

Walaupun begitu, wujud pendapat lain pula mengatakan mereka ini adalah golongan yang benar serta sahih keimanannya.

Merekalah golongan kanan yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran pada awal ayat Surah al-Anfal, Surah al-Mukminun dan selainnya; iaitu golongan yang melihat buku catatan mereka dengan kebenaran.

Sebahagian yang lain pula mengatakan mereka adalah orang yang berpegang teguh dengan kitab mereka serta dengan sumpah yang mereka lakukan.

Hassan dan Ibnu Kisan berkata:

“Mereka adalah orang Islam yang ikhlas lagi tidak menggadaikan janji.”

Kemudian Allah menyebut tentang keadaan golongan kanan, bahawa mereka berada di dalam syurga.

(يتساءلون * عن المجرمين)
Ayat ini pula bermaksud mereka saling bertanya tentang ahli neraka; bertanya antara satu sama lain tentang golongan yang tidak ada bersama mereka.

Setelah mereka mengetahui bahawa golongan kanan berada dalam kenikmatan syurga dan orang yang berdosa berada dalam neraka, para malaikat berkata:

“Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqor?” سلك bermaksud أدخل (iaitu memasukkan).

Daripada Abi Wajzah As-Sa’di, beliau berkata:

حتى سَلَكْن الشَّوَى منهن في مَسَكٍ من نَسْلِ جوَّابة آلافاقِ مِهْدَاج
(Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka saqor? Mereka menjawab: “Dahulu kami tidak termasuk orang yang melaksanakan solat. Dan kami tidak memberi makan org miskin. Bahkan kami biasa berbincang untuk tujuan yg batil bersama orang yang membicarakannya. Dan kami mendustakan hari pembalasan”)

Makna ayat ini adalah persoalan yang berbunyi:

“Apa yang menyebabkan kamu dihumbankan dan dimasukkan ke dalam api neraka?”

Mereka ditanya kerana mereka lebih mengetahui akan sebabnya; dan ia merupakan satu penghinaan dan kejian buat golongan ini.

Allah SWT menceritakan kisah ini di dalam Al-Quran sebagai peringatan buat mereka yang mendengar ayat-ayat-Nya.

Golongan ini menjawab dengan penuh penyesalan dan kesedihan mengapa mereka berada di dalam neraka.

Empat sebab tersebut adalah:

Pertama :
(قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ)
Mereka mengabaikan hak yg paling utama terhadap Allah s.w.t iaitu solat.

Kedua :
(وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ)
Golongan fakir yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan dan mereka mengabaikan golongan ini.

Ketiga :
(وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ)
Maksud الخوض ialah merancang perkara yg palsu dan batil

“Kami berbincang sesama kami tentang dosa dan maksiat; bahkan apa yang kami pakai pada diri kami, harta kami dan perhiasan semuanya bersumberkan dari benda haram.”

“Kami menyokong perlakuan orang-orang zalim dan pimpinan-pimpinan mereka yg sentiasa melakukan keburukan dan kesesatan tanpa rasa takut dan gerun.”

Mereka ini seolah-olah tiada akal untuk berfikir; dan tiada hati untuk kembali bertaubat.

Keempat :
(وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ)

Mereka mendustakan hari pembalasan dan juga hari perhitungan.

Golongan ini tidak beriman pada hari kebangkitan selepas kematian.

Mereka juga tidak beriman bahawa amalan mereka akan dihisab dan mereka juga tidak percaya di akhirnya akan wujud syurga dan neraka.

Imam Ibnu ‘Atiyyah berkata:

“Ini adalah pengakuan golongan kafir sendiri terhadap apa yang mereka lakukan.”

Sesungguhnya, solat membawa pengertian sebenar-benar keimanan kepada Allah, mengenali-Nya, khusyu’ dalam beribadah kepadaNya; serta meyakini bahawa solat adalah perintah-Nya dan urusan agama yang paling agung; di samping meyakini kewajipan-kewajipan akidah yang lain.

Selain daripada solat, ibadah lain seperti memberi makan kepada orang miskin melalui amalan sedekah sama ada sedekah wajib (zakat) atau sunat, serta melaksanakan semua amalan yang disunatkan sama ada disyariatkan melalui perkataan atau perbuatan

Pengertian الخوض مع الخائضين ialah merancang perkara yang batil secara bersama.

Demikian sebagaimana Imam Qatadah pernah berkata:

“..maknanya ialah setiapkali mereka mengada-adakan sesuatu, mereka mengadakan secara bersama.”

Mendustakan hari kiamat adalah kekufuran yang jelas kepada Allah kerana beriman kepada hari akhirat merupakan salah satu Rukun Iman

(حَتَّىٰ أَتَانَا الْيَقِينُ)

Imam Ibnu ‘Atiyyah berkata ‘اليقين’ menurut pandangan beliau adalah membetulkan apa yang didustakan; iaitu tentang kembali kepada Allah dan hari akhirat

Para ulamak Tafsir berkata bahawa ‘اليقين’ bermaksud kematian, kerana pada pandangan orang kafir, mereka meyakini akan kehidupan di dunia sedangkan keyakinan yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah kehidupan selepas mati.

Maksud ‘اليقين’ yang membawa erti kematian juga ada dijelaskan dalam ayat 99, Surah Al-Hijr:

(وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ)

Dalam hadis kewafatan Uthman bin Mazh’un, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Maka telah datang kepadanya Al-Yaqin (iaitu kematian), demi Allah aku mengharapkannya dalam kebaikan; dan demi Allah, meskipun aku Rasulullah,aku tidak tahu apa yang akan dilakukan-Nya kepadaku.”

(Petikah Kuliah Tafsir Yang Disampaikan Oleh Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi)

(Pautan Asal- http://iumsonline.org/ar/aboutar/newsar/lkrdoy-kl-nsn-msol-fy-lkhr-aan-aamlh-lkhtyry/ )

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

6 + three =