Rahmat dan Kelebihan Lailatul Qadr

Khutbah Jumaat
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Rahmat Dan Kelebihan Lailatul Qadr
24 Jun 2016

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ, عِوَجَا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَن مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ,، الْمَبْعُوثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ ، نَبِيِّ الَّرحْمَةِ وَشَفِيعِ الأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ, وَنَصَرَهُ, وَوَالَاهُ,.

أَمَّا بَعْدُ :

فَيَا عِبَادُ اللهِ، اتَقُوا اللهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التِّقْوَى، فَقَدْ فَازَ المُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.

Mudah-mudahan puasa Ramadhan dan kelebihan bulan Ramadhan dikurniakan kita oleh Allah SWT sifat takwa dan kelebihan yang diberi kepada manusia. Mudah-mudahan kita mendapat semua kelebihan Ramadhan yang dinyatakan oleh Rasul SAW:

وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ. [وراه ابن خزيمة والبيهقي مابن حبان]

(maksudnya) : Ramadhan adalah bulan permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penutupnya dimerdekakan daripada api neraka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita sudah hampir dipenghujung bulan Ramadhan, bulan mendapat kelebihan dimerdekakan daripada mendapat api neraka, penghujung yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan diberitahu oleh Rasulallah SAW. Allah SWT mengurniakan salah satu malamnya dengan LailatulQadr yang disebut kelebihannya di dalam Al-Quran :

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْر لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ {سورة القدر : 1-5}

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
(Surah Al-Qadr ayat 1-5)

Malam Lailatul Qadr adalah malam yang diberi kelebihan apa sahaja ibadat yang ditunaikan samada ibadat yang wajib atau yang sunat diberi pahala dan kelebihan seribu bulan, lebih daripada 80 tahun umur seorang manusia. Ia adalah hidayah yang diberi oleh Allah SWT kepada umat Muhammad SAW.

Untuk mencari kelebihan malam yang mulia ini, Rasulullah SAW menghidupkannya dengan ibadat. Malam itu dikirakan berlaku pada salah satu malam akhir sepuluh Ramadhan. Maka Nabi SAW memenuhkan sepuluh yang akhir itu dengan ibadat, seperti ibadat sembahyang yang telah diwajibkan, ditunaikan dengan penuh adab dan cara yang sangat bersopan di hadapan Allah SWT, penuh khusyuk dan berhadap kepada Allah. Sementara sembahyang-sembahyang yang sunat seperti sembahyang rawatib, tarawih, tahajud dan lain-lain serta membaca Al-Quran, bertasbih, bertahmid, berdoa, memuji dan memuja Allah SWT, beristighfar untuk memohon keampunannya, mengharapkan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan penuh keyakinan. Kelebihannya menjadi bekalan yang sangat pada hari akhirat. Memperoleh keberkatan dalam hidup dunia yang menjadi jambatan untuk menuju ke negeri akhirat, jambatan yang membawa ke syurga, rahmat, keampunan dan nikmat daripada Allah SWT yang dijanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh.

Betapa mulianya malam ini sehingga Allah SWT memilih diturunkan padanya Al-Quran Karim sekaligus, diturunkan wahyu yang pertama kepada Rasulullah SAW. Malam para malaikat turun ke bumi dengan jumlah yang besar bersama ar-Ruh (malaikat Jibrail) yang memimpin mereka. Malam yang dilempahkan dengan rahmat dan kelebihan daripada Allah SWT.

Setelah kita menunaikan ibadat puasa pada siang hari hampir sebulan dan kita sudah berada di penghujungnya, marilah kita mencari kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWY yang diberi kepada sesiapa yang amal ibadatnya berbetulan dengan malam itu, samada dia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya. Kelebihannya tetap diberi kepada semua oleh Allah SWT kepada umat Muhammad SAW.

Di sinilah kelebihan kita menjadi umat Muhammad SAW, bukan sekadar menjadi pengikut Nabi akhir zaman, tetapi kita diberi kelebihan untuk menyambung perjuang dan tugas Nabi SAW yang sudah wafat, menyambung untuk membawa cahaya Islam dan rahmat Allah daripada Islam kepada seluruh manusia di alam ini sebelum kita meninggal dunia ini menuju ke alam akhirat.

Marilah kita tunaikan semua ibadat kita daripada awal hingga dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ.
لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنْفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ {سورة البينة:5}

Maksudnya: pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah agama Yang benar.
(Surah Al-baiyinah ayat 5)

بَارَكَ اللَّهُ ولَكُمْ فِي الْكِتَابِ والسُّنَةِ. وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِالْآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ. أَقُولُ قَولِى هَذَا وَاَسْتَغفِرُ الله العَظِيمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ، هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

3 + five =