Duka Meraka Derita Kita

DUKA MEREKA DERITA KITA
Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi


Kerakusan manusia yang bertuhankan nafsu kezaliman dengan menjadikan umat Islam korban sebagai satu kepuasan adalah tindakan bacul dan pengecut.

Setiap kali tiba bulan Ramadhan yang sentiasa menjadi impian umat Islam untuk menikmatinya, pasti akan ada perancangan untuk menumpahkan darah demi menunjukkan kuasa mereka.

Sesungguhnya sebanyak mana darah yang mereka tumpahkan dan nyawa dikorbankan, ruh perjuangan Islam sama sekali tidak akan terkubur.

Keghairahan tentera rejim Zionis meratah tubuh umat Islam di Palestin telah membuka mata dunia melihat wajah sebenar mereka. Kuasa dunia tidak semua mampu bangkit dan bersuara menentang sebaliknya membisu seribu bahasa.

Seakan buta menilai antara nyawa rakyat tidak berdosa dan serakah manusia yang lenyap nilai kasih sayang di jiwa.

Keretakan rasional minda untuk membela golongan dizalimi terus dikaburi ego dan kepentingan tertentu.

Kedukaan anak-anak kecil yang menangis di sisi jenazah kaku si ibu, tangisan wanita meraung meminta bantuan di samping mayat suami bermandikan darah dan jeritan lafaz Allahu Akbar dari anak muda walaupun berbekal beberapa biji batu di tangan.

Gambaran tersebut cukup memberikan derita kita melihat mereka terluka, walaupun terpisah antara benua namun ikatan syahadah bersaksikan tauhid kepada Maha Pencipta menjangkau garis sempadan dunia.

Syawal kita disediakan pelbagai juadah menyelerakan sedang mereka tersedia bedilan bom merobohkan tempat berteduh. Tiada pakaian cantik menanti kedatangan Syawal namun hanya debu dan percikan darah terpalit di setiap kain membaluti tubuh.

Air mata mengalir tatkala menerima khabar duka mereka diseksa, hanya kerana mengabdikan diri kepada pencipta lantas tubuh dipijak, tangan ditetak dan dipukul terduduk lesu menyembah tanah.

Senjata mereka bukan sekadar doa dalam tangisan bahkan kerahan segala kekuatan, kudrat dipaksa mempertahankan, agar bumi Aqsa tidak mudah digadaikan apatah lagi diperdagangkan hanya untuk memiliki kekuasaan.

Duka mereka benar-benar menikam jiwa, mungkin Ramadhan kali ini terakhir buat mereka dan tidak mustahil juga untuk kita.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

sixty three − = 54