Strategi Lima Lapis Siri V: Negara Beraja Memperkasakan Syariah Islam

Oleh : Dr Muhammad Atiullah Othman

Amerika cukup curiga dan kurang senang dengan negara beraja Muslim. Sepanjang sejarah negara beraja di negara majoriti Islam, undang-undang Islam semakin diperkasakan.

Lebih-lebih lagi, peristiwa Kebangkitan Arab (Arab Spring) tidak langsung menggugat negara beraja Muslim. Tambahan pula, negara-negara beraja Muslim mempunyai modal besar iaitu penjualan minyak. Rakyat di negara-negara beraja sangat selesa dengan situasi negara.

Walaupun berkali-kali masalah melanda dalam negara-negara beraja Muslim, rakyat tetap menyokong kerajaan sedia ada. Walaupun media Barat memainkan isu hak asasi manusia untuk memburukkan negara beraja Muslim, ia langsung tidak menggugat negara beraja Muslim.

Sebagai contoh, negara Arab Saudi sudah berkali-kali membuat reformasi mahkamah dan undang-undang Islam. Tetapi tiada langsung penentangan terhadap kerajaan.

Begitu juga di Brunei Darul Salam yang ingin melakasanakan undang-undang jenayah Islam sepenuhnya tidak mendapay tentangan dari dalam negara. Tentangan hanya wujud dari luar negara dan masyarakat Barat. Sedikitpun Sultan Hasanal Bolkiah tidak gentar.

Faktor besar adalah negara-negara beraja Muslim ini telah memberikan autoriti yang besar terhadap institusi raja. Raja sangat berkuasa di negara-negara ini. Ditambah dengan keuasaan ekonomi melalui kekayaan penjualan minyak, institusi raja tidak tergugat. Oleh demikian, negara-negara beraja sentiasa melakukan perubahan perundangan menurut agama Islam.

Tentu sekali kerana autoriti ini menyebabkan Syariat Islam dapat diperkemaskan. Di Pakistan, Presiden General Zia ul Haq telah menggunakan autoritinya untuk memperkasakan Syariah. General Zia terkesan dengan pemikir agong Pakistan Maulana Maududi. General Zia sangat tegas dalam membawa perubahan perundangan Islam sehingga beliau mati pada 17 Ogos 1988 akibat misteri letupan kapal terbang.

Rumusannya, negara-negara beraja Muslim mempunyai suasana yang baik bagi melaksanakan syariat Islam. Bahkan reformasi perundangan Islam dapat berkembang baik di bawah negara beraja.

Justeru itu, Rang Undang-undang 355 (RUU355) yang dibentangkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai harapan besar bagi masyarakat Muslim. Bahkan, tentu sekali institusi beraja di Malaysia sangat menyenangi RUU355 ini.

Namun, cabaran besar negara beraja Malaysia adalah raja berperlembagaan yang menunjukkan autoriti beraja ada hadnya. Oleh demikian, autoriti Parlimen dan ahli-ahli Parlimen sangat diharapkan agar dapat memperkasakan Syariat Islam di bumi bertuah ini.

30 Jun 2016

Previous article

Istanbul Dibom

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

one + five =

Comments

  • Strategi Lima Lapis Siri VII: Manfaat Pakatan Antarabangsa Mengukuhkan Syariat Islam | Kesatuan Ulamak Islam Sedunia July 4, 2016 at 8:22 am

    […] Menuju Negara Islam Sepenuhnya 4.Strategi Lima Lapis Siri IV: Kontroversi Menuju Negara Islam 5.Strategi Lima Lapis Siri V: Negara Beraja Memperkasakan Syariah Islam 6. Strategi Lima Lapis Siri Vi: Peluang Negara Islam Berperlembagaan Mengukuhkan Syariat […]

    Reply