Perang Badar Siri 2 : Pertembungan Hak dan Batil

Peristiwa Badar menguji perasaan hati umat Islam.

Ahli Badar bukan berperang dengan musuh yang dalam negara Rom dan Parsi, dari negara Cina dan India , tapi berperang dengan bangsa sendiri; termasuklah ibu, ayah , anak, sepupu, malah adik-beradik mereka sendiri.

Ada juga yang abangnya berada di pihak tentera Islam tetapi adiknya di pihak tentera jahiliyah.

Contohnya, Abu Bakar dari pihak Islam manakala anaknya Abdul Rahman bukan dari pihak Islam.

Nabi Muhammad SAW dari pihak Islam, manakalah bapa saudara baginda Abu Jahal di pihak jahiliyah. Abu Ubaidah Amir Bin Jarrah dipihak Nabi Muhammad SAW, manakala ayahnya, Jarrah di pihak Abu Jahal.

Diikutkan perasaan hati, tentunya tidak sampai hati untuk melawan keluarga dan saudaranya sendiri.

Tapi, saudaranya ini menentang Islam !

Mengikut adat zaman jahiliyah, permulaan perang dimulakan dengan pertarungan satu lawan satu.

Junjungan besar Nabi Muhammad SAW menyahut cabaran pemimpin -pemimpin musyrikin .

Maka tampillah pahlawan-pahlawan Mekah seperti Uqbah dan Syaibah bin Rabiah dan seorang lagi lalu mencabar pihak lawan dari pihak Islam.

Tampil pula pahlawan-pahlawan Ansor, orang-orang Madinah ke hadapan bagi menyahut cabaran dari pihak jahiliyah.

Apa kata Abu Jahal?

“Kami tak mahu, kami nak keluarga kami yang datang dari Mekah ! “.

Maka, tampillah Hamzah, Ali dan seorang lagi sahabat bagi menghadapi keluarga mereka sendiri.

Allah memuji ahli-ahli Badar ini kerana mereka teguh dengan akidah dan iman. Firman Allah SWT,

لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (Al-Mujadalah: 22)

Mereka itulah kumpulan dan jemaah yang menegakkan agama Allah.

Hizbullah, dalam bahasa melayunya “parti”; iaitu parti kumpulan atau jemaah yang menegakkan ajaran Allah.

Sesungguhnya kumpulan yang menegakkan ajaran Allah inilah yang pasti mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.

Apa ertinya menang dalam pilihanraya?

Kita perlu tahu apa erti kemenangan dan bagaimanakah kemenangan yang hakiki sebenarnya.

Biarlah kita menang mengikut perhitungan Allah, bukan perhitungan manusia.

Peristiwa Badar, tentera Islam menang.

Manakala dalam peristiwa Uhud tewas. Namun Allah Taala kata menang juga, walaupun mati, menang juga.

Peristiwa Ashabul Ukhdud, yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai orang beriman; mereka dibakar menjadi abu yang hangus tapi Allah SWT berfirman;

ذالك الفوز الكبير..

Itulah kemenangan !

Ini hukum Allah. Fahamilah erti kemenangan hakiki.

Jangan diikut dan dipengaruhi dengan pemikiran mereka yang tidak berfikir cara Islam.

Inilah akidah perjuangan. Menegakkan Islam lebih penting daripada yang lain.⁠⁠⁠⁠

Oleh : Aisyah Yamin

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− seven = 2