Kesan Pengeboman Yang Berterusan Jangka Panjang

[1] Akan muncul “hero” menjadi penyelamat tifak lain Amerika.

[2] Apabila ada hero, mesti ada penjahat. Maka watak jahat semestinya disasarkan pada golongan Islamis yang dinobat ekstremis sejagat.

[3] Hero dan penjahat akan berperang dan yang akan jadi mangsa tetap umat Islam.

[4] Dalam keadaan jihad dibayangkan sebagai ganas, umat Islam sudah hilang taringnya kerana tidak disuntik vaksin sebenar perihal jihad, maka umat Islam tidak melawan. Apabila ada yang cuba melawan pastinya muncung kamera dan media sudah tersedia skripnya memuntahkan nista dan ajinomoto secukup rasa.

[5] Apabila umat Islam tiada roh jihad, dan kes pengeboman berterusan, kita akan bosan. Lalu sedikit demi sedikit percaya bahawa Islam tidak mampu memerintah dan memimpin. Islam menjadi punca kucar kacir, Islam bakal mengkucar kacirkan lagi suasana. Kita mesti utamakan hal rakyat. Biarlah Islam tak memeritah pun tidak mengapa, asalkan kita aman dan jauh dari perang. Walhal, polemik ini semuanya diatur musuh.

[6] Wahai umat Islam, insaflah bahawa Islam dulu jatuh kerna umatnya meninggalkan “ilmu” dan “jihad”. Kita bukannya suka berperang, tapi kita telah hilang jatidiri hingga langsung tidak mampu melawan. Malang sungguh kita apabila termakan kata bahawa jihad itu bayangannya teroris, ekstremis, ganas dan zalim. Sebut jihad sahaja terus kita percaya demikian rupa. Alangkah naifnya kita.

[7] Hanya tinggal kita meyakini bahawa masa depan adalah untuk Islam. Andai ia terhakis dalam jiwa kita sikit demi sedikit, segeralah duduk dalam saff bersama orang beriman. Mohon dijauhkan daripada lidah manis “Sang Munafiq”, bicaranya bisa meruntun jiwa namun natijahnya kita semakin membuang Islam.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :

“Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.

(Surah An-Nisa’, ayat 125)

Oleh : Mohd Adlan Mokhtaruddin
30 Jun 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ sixty four = 73