Kerajaan China Larang Umat Islam Xinjiang Berpuasa; Restoran Dilarang Tutup

CHINA: Kerajaan Cina telah melarang kakitangan awam, guru-guru dan para pelajar beragama Islam daripada berpuasa Ramadhan di wilayah majoriti Muslim di sebelah barat laut negara itu.

Kira-kira 58 % penduduk wilayah Xinjiang adalah terdiri daripada penganut agama Islam.

Kerajaan negara Komunis itu juga turut mengarahkan restoran-restoran supaya beroperasi seperti biasa; walaupun majoriti umat Islam di wilayah itu berpuasa.

Selain itu, beberapa pertubuhan hak asasi manusia telah menuduh polisi kawalan ketat terhadap aktiviti keagamaan dan kebudayaan di wilayah itu sebagai penyebab tercetusnya pertempuran di antara pihak polis dengan komuniti minoriti muslim Ughyur yang mencecah 10 juta orang di situ.

Perkara ini sebagaimana dilaporkan dalam notis yang disebarkan di laman sesawang milik kerajaan di Korla; salah satu bandar di wilayah Xinjiang yang dipetik berkata bahawa setiap anggota parti , para pegawai kerajaan dan pelajar wajib dikecualikan daripada berpuasa serta tidak menyertai mana-mana aktiviti keagamaan.

Notis itu juga menerangkan larangan menutup restoran-restoran di wilayah itu semasa bulan ramadhan.

Jurucakap Kongres Ughyur Sedunia, Dilxat Raxit, telah menyatakan bantahannya terhadap pimpinan kerajaan.

“Kerajaan Cina menganggap bahawa akidah umat Islam ini boleh mengancam kepimpinan Beijing.”

Dalam masa sama, kerajaan tempatan yang diarahkan mengikuti perjalanan ibadah setahun sekali itu memberitahu Beijing supaya tidak campur tangan dalam urusan agama Islam.

Pautan Asal: http://iumsonline.org/ar/2/lsom-mmnoaa-lsyn-tmnaa-mothfy-otlb-shyngyngh-lmslmyn-mn-ad-frydthm-ohth-m-alzmt-bh-lmtaam/ 

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seventy eight − = sixty nine