Istanbul Dibom

Oleh : Abdul Mu’izz Muhammad

Suasana tidak stabil perlu diwujudkan demi merangsang peperangan agar terus meledak. Peperangan yang dimaksudkan adalah “Perang Proksi”.

Amerika dan Russia bergaduh, tiba-tiba Turki terbabit. Dinobat sebagai hero, sedangkan bakal diperangkap. Sesama negara kuasa besar seperti Amerika, Russia dan China berperang, tetapi yang menjadi padang jarak adalah negara-negara umat Islam. Yang mati adalah umat Islam.

Aneh bukan? Jika benarlah pihak penyerang mahu melumpuhkan sesebuah negara, sepatutnya sasarkan pengeboman di pengkalan-pengkalan strategik, bukan tempat awam !

Ini adalah wayang untuk meraih simpati dunia. Matlamat sebenarnya adalah persepsi awam. Simpati tersebut sebagai lesen untuk melancarkan serangan balas terhadap Islam yang tidak bersalah.

Lihatlah modus operandi sejak 9/11 yang menjadi rutin blok Barat. Setiap kali berlaku serangan di tempat awam, terus dituding jari ke arah Islam. Maka serangan ke atas “pengganas” dilancarkan. Islam terus dihukum tanpa pengadilan.

Pada masa yang sama, kempen Islamphobia dijalankan oleh golongan liberalis tajaan Barat. Aksi-aksi keganasan (yang sebenarnya dicipta oleh Barat) perlu bagi mereka, sebagai bukti kukuh bahawa Islam dan gerakannya perlu dihapuskan. Modul-modul kempen mereka mesti menjustifikasikan gerakan Islam adalah IS. Padahal IS merupakan rekayasa Barat. Mereka berhujah berpandukan persepsi semata-mata.

Ditaja pula fraksi baru yang mendakwa diri mereka membawa Islam sederhana. Terutamanya di negara-negara yang bernuansa politik berpilihanraya. Padahal Islam yang mereka bawa adalah Islam Amerika yang menyambung survival ideologi sekular. Islam hanya pada retorika slogan, bukan perlaksanaan. Selain ingin mengelirukan umat, kewujudan mereka hanyalah untuk menyekat kemaraan gerakan Islam.

Tidak cukup dengan itu, ditimbulkan sentimen aliran mazhab dalam Islam. Dipergaduhkan sehingga menumpahkan darah. Lihatlah di Mesir, Ikhwan Muslimin ditekan atas alasan kononnya mereka adalah wahhabi. Sedangkan parti Nur yang beraliran wahhabi dibiarkan selesa ke parlimen. Sebab apa? Sebab mereka menyokong kudeta yang merupakan sebahagian dari rencana Barat. Bahkan komplot kudeta itu sebenarnya bermodalkan dana dari Saudi yang dikenali sebagai kerajaan wahhabi semata-mata untuk melumpuhkan Ikhwan Muslimin. Hakikatnya pemain politik dunia tidak kisah pun soal mazhab. Tujuan mereka asalkan umat Islam dan gerakkannya dikuburkan.

Jika kita baca kajian dasar luar Amerika, Malaysia adalah antara sasaran utama mereka. Bagi mereka, kita umat Islam di rantau ini mempunyai banyak potensi.

Kebelakangan ini, lihatlah iklim politik Malaysia yang serba tidak stabil. Lihatlah pertembungan pemikiran yang berkecamuk. Lihatlah budaya-budaya spastik yang cuba disuburkan. Lihatlah campur tangan kuasa asing dalam ekonomi. Lihatlah tiba-tiba ditimbulkan masalah furu’ yang tidak berkesudahan yang memusnahkan fokus umat Islam. Itu semua tidak berlaku secara kebetulan.

Walau apa pun, kita mesti beriman bahawa Islam pasti menang. Persoalannya, bagaimana keterlibatan kita untuk menyempurnakan janji Allah tersebut?

Wahai Allah, bukakanlah mata umat ini untuk menyedari percaturan musuh.

Amin.

29 Jun 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighty + = eighty four