Turki: 36 Terbunuh Dalam Letupan di Lapangan Terbang Ataturk

TURKI – Tragedi berdarah kembali menangisi bumi Turki apabila sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh manakala 60 lagi cedera dalam pengeboman di Lapangan Terbang Utama Istanbul.

Menurut laporan dari Al- Jazeera, Gabenor Istanbul, Vasin Sahin berkata sekurang-kurangnya tiga pengebom berani mati terlibat dalam serangan di Lapangan Terbang Ataturk lewat petang Selasa, 28 Jun 2016.

Pada masa sama Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim berkata terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Negara Islam Iraq dan Tanah Syam (ISIL) yang bertanggungjawab ke atas pengeboman itu.

Kejadian semalam menyaksikan penyerang melepaskan tembakan ke arah pengawal lapangan terbang di pintu masuk terminal dan kejadian tembak menembak tercetus sebelum mereka meletupkan diri mereka seorang demi seorang pada kira-kira pukul 10 malam.

turkibom3

Kamera keselamatan juga menunjukkan rakaman dua letupan yang berlaku.

Dalam satu video menyaksikan api besar meletus dari pintu masuk ke bangunan terminal yang menyebakan semua yang berada di situ ketakutan.

Manakala video lain pula menunjukkan penyerang berpakaian hitam berjalan di dalam bangunan itu sebelum rebah akibat terkena tembakan polis.

Menurut laporan Al-Jazeera lagi, kebanyakan mangsa adalah warga Turki.

turkibom2

Sehubungan itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, menggesa rakyat negara itu untuk sama-sama memerangi keganasan yang berlaku.

“Jika semua negeri gagal bersatu tenaga atas dasar kemanusiaan dan berjuang bersama menghadapi organisasi pengganas, semua kemungkinan buruk yang kita takuti akan berlaku satu persatu.”

“Jelas sekali bahawa serangan ini bukan bertujuan untuk mencapai apa-apa hasil tetapi hanya sebagai propaganda (memburukkan) negara kita denga menggunakan darah dan mencederakan insan yang tidak berdosa,” katanya dalam satu kenyataan.

Insiden berdarah ini bertambah buruk apabila salah seorang penyerang melepaskan tembakan secara rambang sambil berjalan melalui bangunan terminal.

Seorang mangsa kejadian, Paul Ross, 77 tahun, sempat melaporkan apa yang berlaku di hadapan matanya.

“Kami pergi ke bahagian penerbangan antarabangsa dan melihat lelaki itu menembak secara rawak. Dia hanya menembak sesiapa yang datang di hadapannya. Dia memakai pakaian berwarna hitam serta tidak bertopeng. Jarak saya hanya 50 meter dari beliau,” kata Roos yang yang datang dari Afrika Selatan untuk melancong dan dalam perjalanan pulang ke Cape Town bersama isterinya.

“Kami berlindung di belakang kaunter tetapi saya berdiri dan memerhatikannya. Dua letupan meletus berturut-turut. Pada masa itu dia telah berhenti menembak,” ujar Roos lagi.

“Dia berpaling dan mula datang ke arah kami dengan memegang pistol dalam jaketnya. Dia memandang sekeliling dengan cemas untuk melihat jika ada sesiapa yang akan menghentikannya dan kemudian menuruni eskalator … Kami mendengar lebih banyak tembakan dan kemudian satu lagi letupan, kemudian ia terus berakhir. “

turkibom1

Lapangan Terbang Ataturk yang merupakan salah satu lapangan paling sibuk di dunia telah berkhidmat kepada lebih daripada 60 juta penumpang pada tahun 2015.

Semua penerbangan keluar telah dibatalkan, manakala kebanyakan penerbangan masuk telah dipindahkan.

Manakala, penerbangan yang sudah menghampiri lapangan terbang pula dibenarkan untuk mendarat.

Beberapa siri pengeboman telah berlaku di seluruh Turki sepanjang tahun lalu, sebahagian daripadanya didakwa sebagai tindakan ISIL, manakala yang lain adalah disebabkan oleh pejuang Kurdish yang mendalangi serangan tersebut.

Awal Jun lalu, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh berikutan serangan bom di pusat bandar Istanbul yang mensasarkan kenderaan polis.

Kumpulan bersenjata Kurdistan Freedom Hawks, juga dikenali dengan singkatan TAK, mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

( Terjemahan dari www.aljazeera.net oleh asmaa yusof )
(Pautan asal: http://www.aljazeera.com/news/2016/06/turkey-istanbul-ataturk-airport-160628192042993.html )

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fifty − forty two =