Kesatuan Ulama Islam Sedunia Rakam Takziah

Kesatuan Ulama Islam Sedunia Merakamkan Ucapan Takziah Atas Pemergian Al-Alim Al-Faqih As-Sheikh Muhammad Hasyim Majzub Ar-Rifa’ie Bin Muhammad Bahjat Al-Husaini As-Shafie Al-Dimasyqi

Tarikh: 24 Jun 2016
Diterjemah oleh: Mursyid

Dengan penuh redha, kami menerima berita pemergian saudara kami yang mulia, seorang sheikh yang alim, faqih, sabar dan salafus soleh, Sheikh Muhammad Hasyim Majzub Ar-Rifa’ie Bin Muhammad Bahjat Al-Husaini As-Shafie Al-Dimasyqi pada Subuh Rabu, 22 Jun 2016 di Bandar Damsyiq ketika berumur 81 tahun selepas bertarung dengan penyakit beliau hidapi.

Allahyarham Abu Abdullah atau gelarannya di Damsyiq iaitu “Syafie Kecil” ini dilahirkan pada tahun 1935.

Antara guru beliau yang terkenal adalah Sheikh Ahmad Al-‘Arbili, Sheikh Muhammad Soleh Al-‘Uqqad, Sheikh Al-Allamah Abdullah Al-Jallad dan Sheikh Mahmud Al-Habbal.

Beliau telah dipenjara oleh Hafiz Assad selama 22 tahun di penjara Tadammur; walaupun begitu, hukuman tersebut tidak langsung mengurangi ilmu agamanya, keilmuan dan kemuliaannya walaupun sedikit.

Beliau telah mencipta slogan yang terkenal: “agama bukan barang jualan” di Harasta.

Selain itu, beliau juga amat dikasihi oleh masyarakat setempat dan sentiasa menyampaikan pengajian di masjid-masjid sekitarnya; khususnya di Masjid Ar-Rahman.

Antara karya beliau yang terkenal ialah buku “القول الفصل لحسم مسائل الخلاف”, “مناسك الحج للإمام النووي”, dan huraian buku “كتاب الصوم” karangan Sheikh Muhammad Soleh al-‘Uqqad.

Sememangnya, umat Islam kini kehilangan sebutir permata dalam kalangan ulama.

Semoga Allah Mengampuni , Merahmati, Memberikan pahala, Menaikkan darjat serta Memasukkannya ke dalam syurga, Melimpahi dengan keredhaan dan rahmat-Nya, serta Membangkitkannya pada hari kiamat di makam yang tinggi bersama-sama dengan para nabi, para siddiqin, para syuhada dan orang-orang soleh.

Semoga Allah Memberikan ketenangan dan kesabaran kepada keluarga, isteri, orang-orang yang mengasihinya serta sahabat-sahabat dan murid-muridnya.

Sesungguhnya Allah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Yang Memakbulkan doa.

Doha, 18 Ramadan 1437H, bersamaan 23 Jun 2016

Dr. Yusuf Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia;
Dr. Ali Al-Qurrah Daghi, Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia

(Pautan asal: http://iumsonline.org/ar/aboutar/nt-lnhd/lthd-ynaay-laalm-lfkyh-lshykh-mhmd-hshm-mgthob-lrfaay-bn-mhmd-bhgt-lhsyny-lshfaay-ldmshky/)

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty four + = twenty seven