Strategi Lima Lapis Siri II : Negara Sekular Kepada Negara Islam Berperlembagaan

STRATEGI LIMA LAPIS SIRI II: NEGARA SEKULAR KEPADA NEGARA ISLAM BERPERLEMBAGAAN
Oleh : Dr Muhammad Atiullah Othman

Negara Sekular adalah malapetaka umat Islam di abad ke-20. Sifat negara sekular adalah menyingkirkan agama dari perlembagaan. Akibatnya, semua berkaitan dengan agama Islam yang sepatutnya menjadi teras kehidupan Muslim dipinggirkan sama sekali.

Pada abad ke-20, cara menjadikan negara Islam kepada negara Sekular adalah sangat mudah kerana kebanyakan negara Islam tiada perlembagaan negara tertulis sebagai perlembagaan negara.

Negara Islam sebelum mempunyai negara berpelembagaan hanya mengikuti sistem negara berdasarkan fatwa negara dan kitab-kitab fekah. Mahkamah menjalankan undang-undang berdasarkan kepada kefahaman fekah. Namun, ada juga ditulis dan dianggap sebagai rujukan negara tetapi tidaklah lengkap.

Keadaan tidak lengkap ini dijadikan asas mengubah negara-negara Islam sebagai negara Sekular berpelembagaan. Penulisan perlembagaan negara yang mengikuti cara Barat adalah cara menjadikan sesebuah negara Islam sebagai negara Sekular.

Tambahan pula, selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah, pembahagian negara-negara Islam dilakukan menurut perjanjian Sykes-Picot. Perjanjian ini telah membahagikan negara-negara Islam kepada beberapa negara dan penubuhan negara baru. Oleh demikian, penulisan perlembagaan negara menurut perjanjian Sykes-Picot ini telah mengubah perlembagaan negara-negara Islam.

Beberapa negara Islam telah dijadikan negara Sekular melalui penulisan perlembagaan negara. Namun, ada beberapa negara yang celik mengenai perlembagaan ini telah meletakkan Islam sebagai agama persekutuan tetapi negara-negara ini tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam sehinggalah negara-negara ini mengubah sendiri undang-undang negara selepas penjajah meninggalkan negara-negara Islam.

Bermula negara Pakistan melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Pakistan pada 1956, diikuti Mauritania pada 1958, Iran pada 1979, Afghanistan pada 1922 dan Sudan pada 2011. Kesemua negara ini telah mengubah undang-undang yang ditinggalkan penjajah kepada undang-undang Islam.

Hanya negara Iraq sahaja yang mengubah dari negara Sekular kepada negara Islam sebagai agama rasmi iaitu pada 1968. Manakala lima belas negara umat Islam kekal sebagai negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi iaitu Algeria, Mesir, Iraq, Jordan, Kuwait, Libya, Malaysia, Maldives, Morocco, Somalia, Tunisia, Emeriah Arab bersatu dan Lubnan.

Oleh demikian, sangat bijak usaha Ahmet Davutoglu atas suara ahli parlimen Turki yang ingin menukar perlembagaan Turki yang Sekular kepada perlembagaan Turki yang mengiktiraf Islam sebagai agama negara. Tindakan Davutoglu adalah tindakan terhormat dengan cara yang sah menjadikan parlimen sebagai tempat perbincangan untuk merubah perlembagaan negara.

Namun, usaha Davutoglu terkandas kerana Tayyib Erdogen yang selesa dengan perlembagaan Turki yang Sekular. Akibatnya, berakhirlah perjuangan Davutoglu dengan berakhirnya karier politiknya gara-gara Erdogen memecat Davutoglu dari jawatan Perdana Menteri Turki dan Presiden Adelet Kinkama Partisi.

Usaha Davutoglu sepatutnya tidak terhenti. Golongan yang sayangkan gerakan, politik dan dakwah Islam hendaklah disambung oleh ahli-ahli politik Turki. Usaha ini sepatutnya berpanjangan dan menjadi contoh kepada negara-negara Sekular dan negara-negara yang tiada perlembagaan Islam yang lain. Terutamanya pemimpin-pemimpin politik di Indonesia patut mengikut jejak langkah Davutoglu ini.

27 Jun 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− 1 = one

Comments

  • Strategi Lima Lapis Siri Vi: Peluang Negara Islam Berperlembagaan Mengukuhkan Syariat Islam | Kesatuan Ulamak Islam Sedunia July 2, 2016 at 7:09 am

    […] Berkaitan: 1.Strategi Lima Lapis Siri I : Perjuangan Negara Sekular Keras Kepada Sekular Neutral 2. Strategi Lima Lapis Siri II : Negara Sekular Kepada Negara Islam Berperlembagaan 3.Strategi Lima Lapis Siri III: Menuju Negara Islam Sepenuhnya 4.Strategi Lima Lapis Siri IV: […]

    Reply