Strategi Lima Lapis Siri I : Perjuangan Negara Sekular Keras Kepada Sekular Neutral

STRATEGI LIMA LAPIS SIRI I: PERJUANGAN NEGARA SEKULAR KERAS KEPADA SEKULAR NEUTRAL
Oleh : Dr Muhammad Atiullah Othman

Turki dan Tunisia merupakan negara sekular keras yang pernah mencatat sejarah meletak palang di masjid-masjid sehingga tidak boleh sembahyang dalamnya, membunuh para alim ulama dan menghalang pemakaian tudung kepala kepada wanita. Malah, semua simbol mengenai agama dihalang sama sekali.

Pendekatan sekular ini diambil dari Perancis yang merupakan sekular keras. Segala simbol mengenai agama terutamanya pemakaian tudung kepala kepada wanita adalah dilarang sama sekali.

Berlainan dengan negara Amerika yang menggunakan sekular neutral iaitu membenarkan segala simbol agama diamalkan. Oleh demikian, parti berpusatkan agama atau kempen berbaur keagamaan adalah dibenarkan di Amerika.

Pendekatan inilah yang dibawa oleh Tayyib Erdogen sebagai pendekatan menentang regim tentera yang zalim merampas mandat rakyat di bawah kepimpinan Erbakan. Pendekatan ini diterjemahkan dengan konsep ‘Sekular yang adil adalah lebih baik dari Muslim yang zalim’.

Maksud Erdogen, ‘Sekular yang adil’ adalah Sekular Neutral. Manakala Muslim yang zalim adalah ‘Sekular Keras’ iaitu pemerintah tentera yang zalim. Tentu sekali Sekular Neutral adalah lebih baik berbanding Sekular keras kerana sekular keras memiliki sikap diktator dan sekular neutral berlunak terhadap agama.

Itulah perjuangan yang cuba dilakukan dalam dua negara Sekular keras iaitu Turki dan Tunisia. Oleh demikian, sekular neutral adalah pilihan Erdogen dan kini pilihan Rashid Ghanoushi.

Namun, selepas dua penggal Erdogen memerintah Turki, Ahmet Davutoglu pula ingin mengubah dari Sekular Neutral kepada negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Tentu sahaja pendekatan Davutoglu adalah lebih baik dari sekular neutral kerana mengembalikan negara yang hampir seratus peratus penganut Islam mengiktiraf Islam sebagai agama negara.

Namun, Erdogen tidak menerima saranan Davutoglu dan ingin kekal sebagai Sekular Neutral. Oleh demikian, timbullah episod penyingkiran Davutoglu dari jawatan Perdana Menteri Turki dan Presiden AKP. Malah, Erdogen mengekalkan negara Sekular Turki.

Begitulah juga yang dilakukan oleh Rashid Ghanoushi yang tidak senasib Erdogen. Ghannoushi hanya mampu bertahan sepenggal sebagai pemerintah dan kemudian menjadi pembangkang dengan sepenggal lagi.

Dengan kekurangan kuasa Ghannoushi, rupanya Ghannoushi berhasrat mengekalkan status Tunisia sebagai sekular. Beliau mengambil cara pemerintahan Erdogen sebagai model iaitu model sekular yang neutral. Akibatnya, partinya dikambing hitamkan dengan mengubah halatuju parti dari parti Islam kepada parti Sekular.

Itulah situasi sebenar dalam negara Sekular Keras, perjuangan Sekular Neutral diangkat dan perjuangan Islam sama ada menjadikan Islam sebagai agama rasmi atau menegakkan Syariat Islam diketepikan sama sekali. Namun, sangat pelek ada golongan di Malaysia yang sudah mengecapi negara Islam dari sudut perlembagaan tetapi menyeru kepada negara Sekular. Bahkan lebih buruk lagi, usaha untuk memartabatkan mahkamah Syariah melalui Rang Undang-undang 355 dibantah sekeras-kerasnya.

Adakah mereka begitu bangga dengan Erdogen dan Ghannoushi sehingga ingin mengubah negara Malaysia kepada negara Sekular? Ini sebenarnya pendekatan golongan liberal dan mereka menampakkan sokongan terhadap golongan liberal.

Sesungguhnya Erdogen, AKP, Ghannoushi dan Parti al-Nahdah bukanlah model kepada masyarakat Malaysia. Negara mereka dan perjuangan mereka telah jauh ketinggalan dalam aspek dakwah Islam dan kenegaraan Islam. Sepatutnya, masyarakat Islam terus memacu dakwah Islam dan kenegaraan Islam yang bertepatan dengan Syariat Islam dan perlembagaan negara Malaysia.

27 Jun 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ seventeen = 19

Comments

  • Strategi Lima Lapis Siri Vi: Peluang Negara Islam Berperlembagaan Mengukuhkan Syariat Islam | Kesatuan Ulamak Islam Sedunia July 2, 2016 at 7:08 am

    […] Berkaitan: 1.Strategi Lima Lapis Siri I : Perjuangan Negara Sekular Keras Kepada Sekular Neutral 2. Strategi Lima Lapis Siri II : Negara Sekular Kepada Negara Islam Berperlembagaan 3.Strategi Lima […]

    Reply
  • Strategi Lima Lapis Siri VII: Manfaat Pakatan Antarabangsa Mengukuhkan Syariat Islam | Kesatuan Ulamak Islam Sedunia July 4, 2016 at 8:21 am

    […] Berkaitan: 1.Strategi Lima Lapis Siri I : Perjuangan Negara Sekular Keras Kepada Sekular Neutral 2. Strategi Lima Lapis Siri II : Negara Sekular Kepada Negara Islam Berperlembagaan 3.Strategi Lima […]

    Reply