Penjara Ke 11 Dirasmikan : Mercu Kejayaan Kerajaan As Sisi!

PENJARA KE 11 DIRASMIKAN :MERCU KEJAYAAN KERAJAAN AS SISI !
Oleh: Amirah & Nasuha

Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr Ali Muhiuddin Al-Qurra Daghi memandang sinis kejayaan Presiden haram Mesir, Abdul Fattah As-Sisi kerana berjaya membina 11 buah penjara dalam tempoh dua tahun pemerintahannya di Mesir.

Memetik kata-kata Sheikh Al-Qurra Daghi di laman twitter, beliau menyifatkan perasmian penjara kesebelas oleh As-Sisi dalam tempoh pemerintahannya sempena Perang 10 Ramadhan adalah ‘kejayaan’ dan ‘pencapaian’ tertinggi As-Sisi yang luar biasa.

Sepanjang Abdul Fattah As-Sisi memerintah Mesir, beliau telah menukar negara Mesir menjadi sebuah negara berteraskan ketenteraan.

Dalam masa yang sama, beliau telah mengerahkan tenteranya agar menggunakan pelbagai cara untuk mengekang suara-suara yang cuba menyeru kepada kebebasan mahupun demokrasi.

Segala bentuk saluran sama ada secara undang-undang mahupun diluar batasan undang-undang telah digunakan untuk memperkukuhkan cengkaman kuku besinya.

Kerajaan kali ini telah berjaya mencipta sejarah yang tidak pernah dicatatkan oleh kerajaan terdahulu dimana hanya memerlukan dua tahun tempoh pemerintahannya untuk merasmikan penjara yang kesebelas !

Dalam hanya beberapa tahun, dilaporkan sekitar 4000 orang telah dibunuh di Dataran Raba’ah dan Dataran Nahdhoh.

Di samping itu, sejumlah 40 000 orang telah dipenjarakan serta menjadi tahanan yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan pemuda.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

98 − = eighty nine