Kesatuan Ulama Islam Sedunia Kutuk Pembunuhan Orlando, Kecam Kenyataan Perkauman Trump

Kesatuan Ulama Islam Sedunia Kutuk Pembunuhan Orlando, Kecam Kenyataan Perkauman Trump
Diterjemahkan oleh : Siti Khadijah & Balqis

Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr. Ali Muhiuddin Al-Qurrah Daghi, mengutuk pembunuhan yang mengakibatkan 49 orang terbunuh dan 53 orang lagi tercedera dalam satu serangan di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.

Dilaporkan ianya dilakukan oleh Omar Mateen iaitu seorang warga Amerika Syarikat yang berasal dari Afghanistan.

Menurut Sheikh Dr. Ali Muhiuddin Al-Qurrah Daghi, serangan yang dilakukan itu jelas dilarang dalam agama Islam.

“Agama Islam mengharamkan pembunuhan nyawa yang tidak bersalah” ujar beliau.

Beliau turut mengecam kenyataan calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan, Donald Trump, yang menyatakan bahawa umat Islam sering bermusuhan dan sikap rasis mereka tidak dapat diterima oleh mana-mana bangsa lain di dunia.

Tambah Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu lagi , keganasan tidak berkaitan lansung dengan agama, negara dan bangsa.

Sheikh Dr. Ali Al-Qurrah Daghi turut mengutuk gelombang keganasan yang menimpa Amerika Syarikat, Perancis, Yaman, Syria, Iraq, Libya, Mesir dan negara-negara lain di dunia, sama ada yang dilakukan oleh individu, organisasi, atau rejim kuku besi.

Beliau seterusnya menekankan kepentingan global untuk berhadapan dengan keganasan, punca dan sebab-sebabnya dan bukan hanya memahami secara cetek terhadap tragedi yang berlaku.

Pautan asal (Bahasa Arab) : http://iumsonline.org/ar/aboutar/newsar/lthd-ydyn-hdth-aorlndo-bamryk-oystnkr-tsryht-trmb-laansry/

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fifty seven − fifty =