Hukum Suntikan Melalui Urat

Fatwa ramadhan:
HUKUM SUNTIKAN MELALUI URAT

Apakah hukum suntikan melalui urat dan bukan melalui rongga terbuka?

JAWAPAN
Suntikan melalui urat tidaklah membatalkan puasa. Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah al-Azhar pada tahun 1948, apa-apa yang sampai ke dalam badan melalui bukan rongga yang terbuka, tidaklah batal puasa.

Dalam hal ini, Ijmak ulama masa kini bahawa suntikan yang mengandungu rawatan dan boleh memberi tenaga, tidaklah batal puasa, seperti dinukilkan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya, Fiqh al-Siyam, (hal. 100).

Hal ini juga dikemukakan oleh Syeikh al-Azhar Mahmud Shaltut, Syeikh Muhammad Salamah Jabr dan Syeikh Ali Tantawi. Ini berbetulan dengan kalam Imam Nawawi dalam al-Majmu’menyebut:

“Jika dimasukkan ubat ke dalam daging betis atau ditusuk dengan pisau dan lainnya sehingga sampai ubat tersebut kepada otak, nescaya tidak batal puasa tanpa khilaf kerana ia tidak termasuk dalam anggota rongga terbuka.”

Saya menyokong pendapat ini.

http://www.muftiwp.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-ramadhan/563-hukum-suntikan-melalui-urat

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

36 + = thirty nine