Buku, Sejarah dan Peperangan

Pada 2012, akibat konflik bersenjata yang tercetus kesan daripada kebangkitan di dunia Arab, Mali, termasuk Timbuktu yang pernah berperanan sebagai pusat keilmuan telah berdepan ancaman kemusnahan, termasuk terhadap ratusan ribu buku dan manuskrip lama yang tersimpan.

Sekumpulan diketuai pustakawan Abdel Kader Haidara menggerakkan operasi menyelamatkan manuskrip tersebut. Kisah ini menjadi satu cerita menarik perang di wilayah Sahel di Afrika Sub-Sahara ini, dan muncul dalam buku “The Bad-Ass Librarians of Timbuktu: And Their Race to Save the World’s Most Precious Manuscripts oleh Joshua Hammer” (2016).

Sebelum itu, di Afghanistan sejak dikuasai Taliban, dilaporkan dua orang Yahudi, Zebulon Simentov dan Ishaq Levin (Levin meninggal pada tahun 2005) bertahan tinggal di Kabul untuk memelihara sinagog tunggal dan terakhir di Afghanistan dan kitab-kitab lama yang tinggal, walaupun kitab paling berharga dikatakan telah hilang.

Di Yaman, komuniti Yahudi di negara ini juga bertahan untuk memelihara sejarah dan manuskrip Yahudi yang ada, sehingga operasi oleh Israel mengangkut mereka beramai-ramai ke Israel tahun ini. Salah seorang dilaporkan membawa bersama manuskrip Taurat berusia 500 tahun.

Walaupun kurang menjadi tajuk utama berita antarabangsa, ancaman terhadap artifak agama ialah satu isu besar dalam perang (cuma media antarabangsa sering bersikap selektif, yang sebelum ini memilih memperbesarkan isu pemusnahan artifak Buddha di Afghanistan) seperti yang kini berlaku dengan dahsyat di Bait Al-Maqdis melibatkan Masjid Al-Aqsa, kawasan sekitarnya dan seluruh wilayah Palestin yang dihapus dan diubah identiti dan sejarahnya.

Oleh : Haris Zalkapli

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− 1 = one