Siri Penjelasan Ekonomi Islam (Siri 5) : Jawapan Saya Mengenai KWSP Patuh Syariah – Zaharudin Muhammad

Siri Penjelasan Ekonomi Islam (Siri 5)
JAWAPAN SAYA MENGENAI KWSP PATUH SYARIAH
Oleh: Zaharudin Muhammad

Ramai yang tertanya-tanya tentang KWSP patuh syariah, perlukah mereka mengubah wang KWSP mereka ke bahagian patuh syariah?

Secara ringkas saya menjawab, semua penyimpan KWSP wajib menukar KWSP mereka kepada kontrak halal patuh syariah atas sebab:

  1. Elakkan haram dalam kontrak pelaburan sekalipun sebahagian aktivitinya halal.
  2. Elakkan wang kita daripada dilaburkan di dalam aktiviti haram seperti arak, judi dan lain-lain.

Saya telah terlibat dalam penyediaan garis panduan pelaburan KWSP sewaktu saya bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di International Shariah Research Academy In Islamic Finance (ISRA), GLC di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) tahun 2009. Seingat saya, projek kajian ini siap pada tahun 2010; maknanya lebih kurang 5 tahun untuk dilaksanakan sepenuhnya.

Apa yang saya akan fokuskan dalam siri ekonomi saya selepas ini ialah sistem KWSP ini adalah haram, zalim dan menjadikan kita dijajah sekalipun kontraknya halal.

Gambaran awal yang saya boleh berikan ialah seperti seseorang yang merompak wang kita dan menjadikannya modal untuk dibeli barang dan barang itu dijual semula kepada kita. Waktu dia beli barang tu, dia guna kontrak patuh syariah. Tapi waktu dia paksa kita bayar, waktu dia beli barang, waktu wang itu diberikan kepada siapa untuk dijadikan modal, untuk meniaga apa, semuanya tanpa izin kita, hatta bila dia nak bagi balik duit yang dia rompak pun pun tanpa restu kita. Ini bahagian besar KWSP yang tidak patuh syariah.

Dengan bahasa lebih mudah, kontrak patuh syariah KWSP ini bertepatan dengan kaedah muamalat Islam tetapi sistem KWSP itu sendiri bercanggah dengan Islam seperti percanggahan dengan konsep Anti Duulatan Baina Al Aghniya’ (harta negara berlegar dalam kalangan orang kaya sahaja) dan konsep kebebasan individu dalam pengurusan harta peribadi sebagaimana yang diperuntukkan oleh hadis.

Apapun, saya ucapkan syabas kepada kerajaan atas pembukaan bahagian patuh syariah tetapi saya tetap akan lawan dan ambil kerajaan daripada UMNO melalui sistem demokrasi bagi membebaskan harta rakyat yang dijajah dan dimonopoli oleh orang kaya.

Insya Allah, anda akan faham bagaimana KWSP boleh meranapkan ekonomi rakyat bawahan seterusnya menjerumuskan kita dalam hutang dalam siri penerangan saya akan datang.

Sekian

– Zaharudin Muhammad

Like dan share:
FB Page: Zaharudin Muhammad

Nota: Anda jangan nilai tulisan ini sehingga anda baca tulisan saya tentang KWSP selepas ini.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ thirty six = forty three