Al-Quran Sebagai Petunjuk

Khutbah Jumaat
Oleh: Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Tajuk: Al-Quran Sebagai Petunjuk
17 Jun 2016

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ, عِوَجَا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَن مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ,، الْمَبْعُوثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ ، نَبِيِّ الَّرحْمَةِ وَشَفِيعِ الأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ, وَنَصَرَهُ, وَوَالَاهُ,.

: أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادُ اللهِ، اتَقُوا اللهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التِّقْوَى، فَقَدْ فَازَ المُتَّقُون

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan (untuk dunia sehingga akhirat) ialah bertakwa. Maka sesungguhnya berjayalah yang bertakwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mengambil peluang daripada ibadat puasa, ibadat yang melatih diri kita menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah. Menjadi satu hikmah yang sangat besar, Allah SWT memilih bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran karim. Firman Allah Taala:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ

Maksudnya: Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Surah Al-Baqarah : 185

Kita diajar supaya berdoa pada tia-tiap rakaan sembahyang:

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Maksudnya: Tunjukkanlah kami jalan yang betul. Surah Alfatihah : 6

Kita memohon hidayah petunjuk Allah pada tiap-tiap rakaan sembahyang. Ini menunjukkan betapa pentingnya kita mendapat pertolongan Allah SWT mengikut jalan yang betul dengan petunjuk Allah SWT.

Allah SWT bukan sahaja mengajar kita memohon hidayah petunjuk pada tiap-tiap rakaan sembahyang, tetapi Allah SWT menurunkan petunjuk itu ialah Alquran karim

ذٰلِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: Kitab Al-quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnay dari Allah dan tentang sempuranya). Ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. Surah Albaqarah : 2

Tidakkah kita berpuasa untuk melatih diri kita menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT, mengikut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya? Diantara sifat-sifat mereka yang bertakwa kepada Allah SWT ialah menjadikan Al-Quran karim sebagai petunjuk dalam seluruh kehendaknya.

Allah SWT bukan sahaja mencipta dan menjadikan kita, tetapi dikurniakan kepada kita akal fikiran, kehidupan dengan rezeki ruh dan jasad.

وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعْمَةَ اللَّـهِ لَا تُحْصُوهَآ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Dan juga kami menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tidaklah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maka Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Surah Al-nahl (18)

Seluruh kehidupan kamu adalah pemberian daripada Allah SWT. Sejak berada dalam perut ibu, dilahirkan ke dunia, dimasa jaga dan tidur, semuanya adalah pemberian daripada Allah SWT. Atas pemberian yang tidak terhingga itu, kita hendaklah menjadi orang yang bersyukur kepada Allah SWT. Puasa melatih diri kita menjadi orang-orang yang bersyukur kepada Allah SWT. Kita disuruh berlapar, berdahaga, menahan hawa nafsu dengan rasa letih dan lesu supaya diwaktu kita berbuka kita menyedari betapa mulia nikmat yang diberi oleh Allah SWT. Bukan sahaja makanan dan minuman, tetapi termasuklah nikmat menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah sekiranya kita mengikut petunjuk Allah SWT dengan keimanan kita nescaya kita mendapat kebahagiaan di dunia ini yang menjadi jambatan untuk kebahagiaan di hari akhirat. Yang terpenting sekali adalah segalanya menjadikan Al-Quran karim itu sebagai petunjuk.

إِنَّ هٰذَا الْقُرْءَانَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصّٰلِحٰتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا

Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kejalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar. Surah Al-Israk ayat : 9

Al-Quran karim menjadi petunjuk dalam mengajar iman yang sebenar hanya kepada Allah SWT. Percaya dengan petunjuk beriman yang sebenar daripada Allah SWT dibuktikan dengan mengerjakan ibadat memperhambakan diri kepada Allah SWT.

Allah tidak berhajat apa-apa upah daripada kita, Allah tidak berhajat apa-apa daripada kita. Allah hanya mahu kita menunjukkan kesyukuran kepadaNya, menunaikan perintah dan meninggalkan segala laranganNya, mengikut petunjuk dan segala ajaranNya. Semua petunjuk itu memberi kebaikan kepada kita di dunia sebelum hari Akhirat.

Al-Quran karim menunjukkan tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah. Hanya mengabdikan diri kepada Allah dan menolak segala pengabdian kepada yang lain daripada Allah SWT. Al Quran karim menunjukkan makanan yang halal, jangan memakan makanan yang haram. Semua yang halal mendatangkan manfaat dan kesihatan kepada manusia. Semua yang haram menyebabkan mudarat dan penyakit kepada manusia. Al Quran menunjukkan perangai yang baik, dilarang perangai yang jahat. Perangai yang baik membawa kebaikan kepada kita, manakala perangai yang jahat merosakkan diri sendiri. Al Quran menunjuk dalam seluruh kehidupan kita, sama ada diri, rumahtangga, bermasyarakat dan memerintah negara.

Allah SWT menegaskan betapa sempurnanya Al-Quran dan Islam itu.

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلٰمَ دِينًا ۚ

Maksudnya: Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) daripada agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka. Sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada Aku. Pada hari ini, Aku telah sempurnkan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Surah Al-Maidah ayat : 3

Itulah penegasan daripada Allah SWT. Namun ramai daripada kalangan manusia yang menolak petunjuk Allah SWR mengikut hawa nafsu, mencari kejahatan dan kemungkaran, menerima ajaran yang lain daripada Allah SWT sehingga merosakan diri mereka sendiri. Kemusnahan yang berlaku dalam dunia pada hari ini bermula daripada berbagai-bagai penyakit yang menimpa diri manusia. Kehidupan rumahtangga yang tidak baik, peperangan dan pergaduhan sesama manusia, berlakunya berubahan alam sekitar seperti cuaca yang tidak menentu. Semuanya adalah berpunca daripada tidak menerima petunjuk Allah SWT. Firman Allah Taala:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. ((timbulnya yang demikian) ) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuantan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Surah Ar-Rum ayat : 41

Marilah kita menyedari bahawa segala malapetaka yang menimpa manusia pada hari ini menyedarkan diri kita supaya kembali kepada Al-Quran Karim. Petunjuk daripada Allah SWT.

عوذ بالله من الشيطان الرجيم
أَفَحُكْمَ الْجٰهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّـهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Maksudnya: Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Pada hal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.  Surah Al Maidah ayat :50

بَارَكَ اللَّهُ ولَكُمْ فِي الْكِتَابِ والسُّنَةِ. وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِالْآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ. أَقُولُ قَولِى هَذَا وَاَسْتَغفِرُ الله العَظِيمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ، هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ fifty three = fifty six