Polemik Khilaf Adalah Senjata Sekular Menikam Islamis (Siri II) : Isu Mesir Ikhwan Muslimin dan Morsi

POLEMIK KHILAF ADALAH SENJATA SEKULAR MENIKAM ISLAMIS II: ISU MESIR, IKHWAN MUSLIMIN DAN MORSI
Oleh : Dr Muhammad Atiullah Othman

Isu khilaf di Mesir telah tiga kali digunakan. Pertama pada zaman pemerintahan Raja Farouki iaitu sebelum dan selepas peristiwa pembunuhan Imam al-Syahid Hassan al-Banna. Kedua pada zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir iaitu selepas pembunuhan Sayyid Qutb. Ketiga pula pada zaman Presiden Mesir Muhamad Morsi.

Ahmad Shalabi menceritakan dalam Ensikopedia Sejarah Islam bahawa zaman presiden Mesir pertama iaitu Jamal Abdul Nasir adalah tempoh pentadbiran tentera yang sangat menimbulkan kekhuatiran ramai. Presiden Jamal adalah pejuang sosialis dan anti-Ikhwan Muslimin. Manakala Ikhwan Muslimin (IM) adalah anti-sosialis. Presiden Jamal mengambil tindakan drastik terhadap IM dengan menangkap 60,000 anggota IM dalam tempoh tiga puluh minit.

Manakala Sayyid Qutub iaitu pemimpin berpengaruh IM telah dihukum mati. Ketika ini, Jabatan Agama Mesir pula menerbitkan majalah yg mengandungi tuduhan terhadap IM dengan jolokan saudara syaitan dan mengapi-apikan perbalahan mazhab.

Peristiwa 50 tahun dahulu ini sedang berulang pada zaman Millenium. Sebagaimana Presiden Jamal menggunakan mahkamah dan jabatan agama untuk menghukum IM, begitu juga sedang berulang sekarang.Strategi rampasan kuasa Mesir di bawah kepimpinan Jeneral al-Sisi adalah:

  1. Melucut jawatan presiden Mesir: Muhamad Morsi.
  2. Menghentikan pengamalan perlembagaan Mesir yang baru disepakati rakyat Mesir.
  3. Menghapuskan majlis syura/senat.
  4. Perlantikan presiden sementara dari pihak tentera.
  5. Perlantikan menteri-menteri dari Parti Watan yang dianggap kumpulan penyelamat.
  6. Penangkapan tokoh-tokoh politik yang menentang kerajaan baru.
  7. Menutup chanel-chanel telivisyen yang tidak menyokong tentera.

Kesemua strategi tentera ini mendapat persetujuan dari Shaykh al-Azhar walaupun kedapatan ulama-ulama al-Azhar menentang. Antara ulama-ulama al-Azhar yang menentang adalah:

  1. Dr Abd Rahman al-Bar
  2. Dr Jamal Abd Sattar
  3. Dr Esom Talimah
  4. Dr Yusri Hani
  5. Dr Hasan Syafie iaitu bekas penasihat Syeikh al-Azhar
  6. Syeikh Sayyid ‘Askar
  7. Dr Husain Shahatah iaitu bekas dekan fakulti perubaran al-Azhar.

Apabila penentangan terhadap tentera dilakukan rakyat, banyak jiwa terkorban gara-gara tentera menggunakan peluru hidup tanpa belas kasihan. Rentetan ini, Shaykh Ali Jum’ah muncul di kaca tv di hadapan para tentera dengan berulang kali menyebut: “bersabarlah dengan tugas kamu” dan “bunuhlah mereka”.

Ucapan menghalalkan penumpahan darah ini, telah dimuat naik dalam laman-laman sosial dan menjadi polemik yang besar. Secara umum, tiga ulama al-Azhar mengisytiharkan pro-Sisi dan anti-IM (Ikhwan Muslimin) iatu Dr Ali Juma’ah, Dr Usamah dan Dr Ahmad Karimah. Mereka mendapat tentangan dari ulama al-Azhar dan paling lantang adalah Dr Yusof al-Qardhawi dan Dr Abdul Rahman al-Barr.
Rentetan peristiwa ini, al-Ikhwan al-Muslimin (IM) telah memahami bahawa Demonstrasi besar-besaran Mesir pada tahun 2012 adalah penentangan terhadap Presiden Mubarak. Bukan revolusi sebagaimana difahami dunia luar yang merupakan keinginan rakyat untuk menerima IM. Malah, tiada perubahan ketara di Mesir kerana regim terdahulu masih lagi berkuasa. Oleh demikian, IM telah mengambil tindakan drastik iaitu:

  1. Kepimpinan IM sudah berubah dan telah diambil oleh kepimpinan yang baru. Organisasi IM dibiarkan rahsia.
  2. Dakwah IM seperti dahulu, masih berjalan walaupun kepimpinan lama sudah tiada. Sebagaimana Parti Watan iaitu parti bekas Presiden Mubarak telah kehilangan kepimpinan lama dan masih bergerak dengan kepimpinan baru, begitu juga IM dengan kepimpinan baru.
  3. Penentangan IM terhadap regim parti Watan akan kekal dengan cara aman seperti dahulu. Tiada keganasan digunakan.

23 Jun 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

three + one =