Nota Kekesalan Di Petang Ramadhan

NOTA KEKESALAN DI PETANG RAMADHAN
Oleh : Zaharudin Muhammad

Merujuk kes 5 beranak dipenjara 3 tahun akibat mencuri barangan kosmetik bernilai RM3k, bagi saya undang ini sangat zalim. Di dalam Islam penjara diperuntukkan dengan maksud untuk memaksa si pesalah dan keluarganya memulangkan balik wang yang dicuri atau ditipu. RM2k belum cukup nisab untuk hudud. Maka takzir akan ambil tempat.

Pusing kiri dan kanan menurut undang-undang Islam, perempuan mengandung tidak cukup syarat melayakkannya dipenjarakan disebabkan mencuri dengan kadar RM2k.

Apatah lagi jika pendapatan mereka dibawah “quut as sanah” dan saya yakin ramai pencuri marhain seperti itu ditangkap dan dihukum.

Adakah sistem hari ini membela atau berfikir bagaimana dengan anak-anak mereka diluar? Siapa akan menjaga dan mengawal mereka?

Mengimbas kes pencuri kedai saya dua tiga tahun lepas, selepas ditangkap maka dilokap semingu tidak boleh keluar. Wang dan kerugian kedai saya sampai hari ni tidak dapat-dapat. Bahkan pihak berkuasa pula menjadi orang tengah jika saya tarik kes pencuri itu akan bayar berapa yang saya mahu. Dengan kata lain, tidak pakai undang-undang saya dapat balik wang saya dan bila teruskan perlaksanaan undang saya rugi, pencuri dizalimi dan wang cukai saya habis bayar makanan si pencuri dalam lokap.

Undang-undang hari ini hanya reti menghukum tetapi mangsa hatta mangsa ketiga sepeeti keluarga dan tanggungan sipesalah tidak mendapat pembelaan.

Undang-undang Islam sangat diperlukan sekarang bagi membela mangsa2 seperti ini. Ia perlu diangkat sebagai undang-undang rasmi negara dan perlaksanaannya perlu dilihat kes demi kes.

Bagi yang berkhayal undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan melainkan suasana kondusif, ibu jerung boleh terlepas dan anak bilis boleh sangkut, sila fahami artikel ini dan baca dan fahami artikel saya siri ke 2 ekonomi Islam, bagaiamana 1MDB diselesaikan dan bagaimana ibu jerung akan takut macam anak bilis bila undang-undang Islam dilaksanakan.

Sekian.

21 Jun 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eight + two =