Menangani Kesalahan Mengikut Aspek Yang Berbeza Dalam Isu Adab/Akhlak Dan Prisip/Dasar

MENANGANI KESALAHAN MENGIKUT ASPEK YANG BERBEZA DALAM ISU ADAB/AKHLAK DAN PRISIP/DASAR

Oleh : Ahmad Hakimi Othman


Seringkali dalam kehidupan kita bertemu dengan watak watak manusia yang berbeza. Dan seringkali itulah kita melihat manusia berinteraksi dengan isu isu keduniaan dengan cara yang berbeza mengikut watak masing masing. Apatah lagi dalam keterlibatan kita dalam perjuangan Islah masyarakat melalui wadah siasah dan politik.

Masalah mutaakhir ini, banyak perkara menyalahi prinsip dan dasar. Malah ia sering berlaku dalam politik. Manakala penegur dan penasihat pula kadang kadang tanpa menghiraukan persepsi adab dan akhlak terus menegur lantang tanpa melihat perilakunya kadang kadang menjengkelkan banyak orang.

Persoalan pada kita, Apa pendirian kita di waktu itu? Menyelesaikan masalah adab atau menyelesaikan masalah dasar/prinsip?

Dunia politik mutaakhir, dunia penuh lakonan dan wajah yang dibuat buat. Sedangkan kita perlu politik ikhlas dan bersungguh sungguh menjaga kebajikan dan bukan tempelan tempelan propaganda yang menghanyutkan tugas dari masalah sebenar. Kenapa perlu lakonan? Reputasi dan imej kita berbeza mengikut waktu, maka perlu lakonan untuk disesuaikan dengan waktu?

Namun bila ada yang menegur dengan keras dan tanpa Adab. Kita mula terasa dan kecewa, sedangkam asasnya kita terlebih dahulu membiarkan perjuangan dasar dan prinsip tercalar dengan lakonan.

Di zaman Nabi ada orang badwi yang kasar dan berterus terang. Mereka tidak reti berlakon, malah kadang kadang menjengkelkan para sahabat yang berjiwa tamadun. Namun, Rasul menangani dengan cara berbeza. Tidak terus dihina, kerana politik Rasulullah saw bukan politik lakonan. Politik Rasulullah saw adalah dakwah yang benar dengan ketengahkan dasar dan prinsip untuk mengubah manusia. Bukan kosmetik yang dicipta untuk meraikan politik pura pura.

Terus terang, aku suka yang jenis badwi yang berterus terang dari politikus berlakon yang berlakon untuk kemuliaan dan mencari sokongan.

Politik matang sejahtera bukan lakonan. Ia lahir dari keikhlasan berjuang menegakkan kebenaran.

22 Jun 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ thirty six = thirty eight