Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah Pada Awal atau Pertengahan Ramadhan

Soalan:
Apakah hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal Ramadan atau pertengahannya?

Jawapan:

Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:

  1. Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
  2. Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  3. Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  4. Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
  5. Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana iamerupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.

Sumber : http://www.muftiwp.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan-s/irsyad- fatwa/irsyad-fatwa-ramadhan/407- hukum-mengeluarkan- zakat-fitrah- pada-awal- atau-pertengahan-ramadan

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

six + 1 =