Al-Quran Penyelesaian Masalah Ummat

AL-QURAN PENYELESAI MASALAH UMMAT
Oleh : Ahmad Zaki Zulhisham

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah dan juga menjadi sumber rujukan utama kepada kehidupan manusia setiap pelusuk zaman tidak kira zaman moden dan penuh dengan teknologi mahupun di zaman Rasulullah SAW.

17 ramadhan adalah tarikh bersejarah yang mana berlakunya peristiwa penurunan al-Quran. Walaupun ada sebahagian yang berpendapatan bahawa ianya berlaku pada 24 ramadhan, tetapi hampir seluruh negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan).

Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran

Al-Quran ini telah Allah turunkan ke Luh Mahfuz secara sekali gus, tetapi diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur. Sebahagian ayat-ayat Al-Quran merupakan refleksi kepada sesuatu peristiwa. Peristiwa itu merupakan sebab ayat itu diturunkan, dan ini akan memberi kefahaman yg lebih jelas tentang risalah Allah yg disampaikan oleh Rasulullah. Perlu diingatkan bahawa peristiwa-peristiwa yg berlaku itu telah tersurat dalam takdir Allah akan berlaku dengan kekuasaanNya, selari dengan ayat Al-Quran yg diturunkan beransur-ansur kepada Nabi S.A.W

Jadi setiap perbuatan atau permasalahan perlu untuk kita, umat Islam merujuk atau membuka al-Quran dalam menyelesaikan setiap apa yang berlaku di dunia ini. Perjuangan kita di dunia ini perlu meletakkan al-Quran sebagai dustur dan al-Quran diletakkan yang paling atas sebagai perlembagaan negara dan dunia. Perjuangan harus diterus dengan hati yang jitu dalam membawa kebenaran untuk ditegakkan. Jangan sesekali memberi peluang dalam kefahaman dan pemikiran yang akan diserang dan dipengaruhi unsur-unsur yang tidak mengambil Islam secara syumul dengan meletakkan al-Quran dalam diri.

21 Jun 2016

*penulis merupakan mahasiswa yang masih menuntut di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighty seven − eighty three =