Ada Makhluk Mempersoalkan

ADA MAKHLUK MEMPERSOALKAN
Oleh : Abdul Mu’izz Muhammad


Ada makhluk mempersoalkan, mengapa isu taqnin undang-undang Islam dibicarakan oleh ahli politik Islam? Kata dia, sepatutnya serahkan kepada ahli akademik agar tiada sentimen politik.

Mudahnya, kita perlu faham:

  • Taqnin (penggubalan kanun) memerlukan kuasa parlimen. Hanya ahli parlimen (baca: ahli politik) yang berupaya mengangkat agenda tersebut ke parlimen.
  • PAS telah sampai ke tahap usaha taqnin undang-undang Islam di parlimen. Ia telah melalui perbincangan ilmiah sekian lama.
  • Zaman sekarang bukan peringkat ta’rif (pengenalan teori) yang hanya dibincang hudud, qisas dan ta’zir oleh ahli akademik di dewan-dewan kuliah. Bahkan kita telah berpindah dari ta’rif ke peringkat taqnin, menuju tanfiz (perlaksanaan).
  • Peranan ‘ahli akademik’ adalah menyediakan jalan ke arah perlaksanaan undang-undang Islam, bukan memperlekeh dan menanam ranjau prejudis yang melemahkan motivasi umat.
  • Dahulu parti pemerintah sekular yang mendakwa agenda perlaksanaan undang-undang Islam sebagai modal politik PAS. Namun kini doktrin lapuk itu dikunyah telan oleh anak-anak asuhan mereka yang menetas dari telur Post Islamisme.
  • Perlaksanaan undang-undang Islam merupakan tanggungjawab semua umat Islam. Gerakan Islam bertanggungjawab mendesak. Pemerintah Islam wajib melaksana. Ahli akademik Islam wajib menyediakan bahan ilmiah ke arah perlaksanaan. Umat Islam wajib sokong.
  • Tiada isu siapa yang mahu jadi juara. Cumanya umat menilai siapa yang serius, siapa yang oportunis dan siapa yang prejudis.
  • Memisahkan agama dan politik merupakan elemen tunjang ajaran sekular.

p/s : Patutlah Allah banyak menceritakan berkenaan sikap Ahli Kitab di dalam al-Quran.

14 Jun 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

94 − eighty eight =