Ramadhan Bulan Pembinaan Ummat

RAMADHAN BULAN PEMBINAAN UMMAT
Oleh : Ahmad Hakimi Othman


Menjelang ramadhan bulan pembinaan umat, kita perlu lihat pada sejarah pensyariatan puasa di bulan ramadan seawal tahun kedua hijrah.

Seawal hijrah ini, ummat Islam serba kekurangan dan lemah. Ekonomi, persenjataan dan juga kuantiti ketika bertapak di Madinah.

Namun, madinah di awal sejarah Islam, menjanjikan suasana politik yang sesuai. Boleh menerima kehormatan Aus dan khazraj yang sudah lama mendiami Yathrib. Aus dan Khazraj yang membentuk persaudaaan Ansar dan seterusnya disatukan dengan Muhajirin.

Dalam serba kekurangan ini, disyariatkan puasa di bulan Ramdhan pada Syaaban tahun kedua hijrah.

Berserta pensyariatan puasa Ramadhan, terdapat tiga peristiwa besar lagi iaitu pensyariatan zakat beserta nisab dan kadarnya. Walaupun sebelumnya secara umum telah disyariatkan di mekah. Kemudian ditukar kiblat umat islam dari baitul maqduis ke Baitullah Al Haram. Dan kemuncaknya, disyariatkan jihad mempertahankan Islam.

Maka, Ramadhan disiapkan dan dibina ke arah pembinaan jiwa jiwa muttaqin yang akan memenangkan agama apabila bergantung sepenuh kepada Allah.

Akhirnya, 17 Ramadhan, bila berlaku pertempuran di Badar, Allah membuktikan kemenangan kaum sedikit yang beriman dan serba kekurangan mengatasi Quraisy yang lebih ramai dan lengkap.

Ramadan menyediakan kita ke arah kemenangan seumpama Badar Al Kubra.

13 Jun 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ forty two = forty eight